Masihkah Berladung Si Airmata?

Assalamualaikum Saudari Aiman,

Gandaan doa agar Allah memberikan kefahaman yang disantunkan oleh iman dalam memahami realiti suasana di akhir zaman yakni zaman yang sedang kita lalui ini.

Tahniah juga atas pertukaran amanah dan tanggungjawab yang menjelaskan keperluan ilmu mengoptimumkan penggunaan tenaga.

Perlu diketahui bagaimanakah kewajipan yang baru ini membawa kepada keperluan disahuti cabaran keluasan sempadan yang tidak dibatasi oleh tanda dari jangkauan pancaran gelombang di frekuensi dan medan eletronik?

Sudah lama penggunaan gelombang frekuensi digunakan sebagai salah satu cara pemerkasaan minda yang didominasikan oleh sasar yang memenuhi keperluan zaman tetapi penyertaan dan penglibatan mukmin  masih tidak jelas fokus yang ingin dicapai matlamat dan tujuannya apabila pendekatan yang digunakan tidak membuktikan kelurusan Islam sebagai penegasan pengesaan Pencipta.

Dasar-dasar pengubudiahan untuk merasakan sifat kehambaan diri tidak difahami walaupun saluran yang digunakan serba maju dan moden.

Saya diberi kesempatan di sini untuk berinteraksi dengan ‘rakan udara’ (ditegaskan tidak dikenali dan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan cara begini kerana gusar niat tidak kekal ikhlas jika mengenali susuk tubuh mereka)- menatijahkan kecelaruan bagaimanakah perbadanan penyiaran turut berperanan dalam  mencerakinkan minda-minda warga yang menatijahkan pemisahan (oleh beza budaya dan cara hidup) walaupun berjaya mengharmonikan perhubungan.

Ada kalanya saya bersikap keterlaluan berdasarkan pengalaman yang diberikan selama berkomunikasi dengan ‘mereka’.

Kelaparan sebenarnya kita miliki di dalam setiap sudut bukan hanya di perut sahaja.

Sehingga lama manakah kita mahu memusuhi ‘pendekatan perjuangan mereka’ apabila  kelengkapan kekuatan kita  tidak mendapat tempat yakni batiniah yang dipancarkan oleh solat, zikrullah dan gelombang Al-Quran untuk mudah diteladani Sunnahtullah Rasul SAW?

Di dalam pengkajian selidik uraian juzuk-juzuk cahaya, zikurullah memiliki kepantasan untuk menepati setiap jirim bagi sel-sel yang hidup sebagai saraf yang mengalirkan darah lantas kerana itu syaithon berpeluang untuk berada di dalam setiap denyut nadi saraf kehidupan menerusi aktiviti manusia.

Musuh utama kita adalah Iblis dan Syaithon.

Namun entah mengapa sesama kita manusia ini yang ketara permusuhannya.

Bersabarlah dengan kesedihan kerana ia hanya tempuh yang berjarak untuk dihampiri pertemuan.

Berjumpa kembali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s