Belum Reda

268070509

Terkenang sewaktu berada di tingkatan enam guru Kertas Am meminta kami agar memilih tokoh setempat untuk dijadikan biografi lantaran telah menyumbang jasa untuk masyarakat setempat.

“Tokoh itu bukan sahaja dikira berjasa tetapi ada sesuatu dari dirinya yang membuatkan kamu menghargainya.”

“Misalnya apa ya cikgu?”

“Kamu sendiri yang membuat pilihan dan saya akan menerimanya sebagai hasil kerja yang memenuhi soalan untuk aktiviti ini.”

Waktu itu belajar di salah sebuah di Bandar Di Raja dan ingatan terimbas kepada sebuah nama yang sering diucapkan di bibir sewaktu belajar di salah sebuah bandar yang terkenal oleh menara gadingnya di samping kepopularan sejenis makanan tanda pengenalan tanah air.”

“Kamu tidak boleh memilih ayah saya sebagai tokoh yang dihargai.”

“Mengapa cikgu?”

“Ayah saya bukan pejuang yang dianggap penyumbang bakti buat negara kita.”

“Guru yang memberi tugas menyatakan kesediaannya untuk menerima siapa sahaja tokoh pilihan kami.”

“Tidak,saya juga guru.Saya sedar ayah saya sehingga bila-bila tidak akan diiktiraf sebagai tokoh.Carilah tokoh lain.”

Perasaan marah sukar dikawal pada waktu itu melihatkan penerimaan bekas cikgu terhadap hasrat diri untuk berziarah ke sana untuk menemubualnya buat diikuti perjalanan kisah hidup ayahnya yang dipilih untuk dijadikan profil biografi.

“Dato Kam Rad itu pembangkang. Orang sosialis.”

“Lantas kerana itu tiada sumbangan jasa yang boleh diperakui?”

“Apakah ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu dianggap layak memiliki pengiktirafan sebagai berjasa?”

Sejenak seimbas selayang kenangan berputar kembali di saat melihat wajah-wajah tokoh tanah air yang telah terakam oleh sejarah namun masih ada wajah yang tersembunyi yang telah berjaya menghidupkan jiwa.

Di dalam Islam roh yang menghidupkan jiwa adalah keinginan dari hasrat mahu berbuat baik, berpesan dengan kebenaran menasihati yang berbuat khilaf lantaran kemahuan agar terbuka pintu-pintu kemuliaan untuk setiap manusia agar mereka berpeluang menunjukkan bukti biarpun di sudut dhammir yang paling dalam,bahawa rasa kasih kepada kebaikan adalah fitrah asal kejadian insan.

Sewaktu negara tempat permaustautinan memperingati ulangtahunnya yang empat belas tahun lebih muda dari tanah air terlihat kesediaan dan keupayaan negara kecil ini mengaktif kreatifkan idea-idea bernas yang berfokus untuk memfungsi dan membuktikan keinginan merubah menuju keamanan menerusi generasi yang menghayati bahawa pemikiran literal sahaja tidak berupaya mengakar umbikan budaya jika bahasanya tidak mencirikan imej bangsa kerana  bahasarasmi adalah bahasa pengantar kepada penghayatan ilmu dan bersedia membezakan penggunaan bahasa asing sebagai bahasa komunikasi yang mengintegrasikan penyampaian dan pengumpulan maklumat berinfo.

Bidang kajian yang diselenggarakan secara berhikmah merangkumi penaakulan sifat kemanusiaan menzahirkan kecenderungan untuk tidak berprejudis dan meletakkan sangkaan-sangkaan baik kerana  adalah tempat untuk dijana ketinggian diplomasi yang melahirkan peluang dan kesempatan untuk dipelajari kemajuan-kemajuan baru yang tetap mewarisi sifat tradisi oleh rasa tinggi penghargaan Penguasa terhadap ulamak.

Bagaimanakah dilahirkan daerah dan wilayah baru yang merintis kepada kemampuan untuk menjadi pasarana bermukimnya warga dan cendiakawan yang hadirnya mereka mewakili negara atau organisasi dengan hasrat dan tujuan memperbaharui tekad untuk bebas berpendirian,bebas berdikari, bebas memimpin,bebas berfungsi,bebas bersuara,bebas berkesedaran,bebas berubah,bebas berjati peribadi membina syaksiah dalam menganalisa erti demokrasi tanpa perlu terlalu terikat menjadikan alaf 21 sebagai alaf ketoleransian yang mensinonimkan kekuasaan tanpa kemanusiaan atau direlevankan agama dengan penafsiran baru tanpa penghayatan keimanan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s