Meringankan Beban?

“Setelah melihat tindakbalas ujikaji terhadap telur penyu pada air didih 212 darjah  terbukti fakta tidak perlu dipertikaikan.”

“Berbeza dengan telur-telur lalat yang upaya  bernyawa di dalam wayar-wayar yang terbuang, kecuali apabila virus dan bakteria kuman penyebarannya mandul, telur-telur itu tidak mungkin menetas.”

“Dari uji kaji ini bolehkah disimpulkan bahawa sifat telur penyu umumnya tidak boleh membina kejayaan di atas kebinasaan.”

“Benar, begitulah maksud cikgu tetapi kamu mengaitkan proses fotosintesis dengan mengujarkan sifat tropisme.”

“Tidakkah graviti memberi sifat setiap benda  yakni tumbuh-tumbuhan haiwan dan manusia menyembah bumi cikgu?”

“Kelihatannya isu kita kali ini mencanangkan bahawa usah dikhuatiri apa pun jika menyakini Allah itu wujud. Jenazah yang diliang lahatkan juga upaya menjadi pengiktibaran.

“Ada soalan cikgu, bumi yang telah lama menakung rezab sehingga menjadi simpanan peribadi adakah ia bukan harta yang perlu menjadi hak bersama?”

“Ini bukan lagi bicara sains.”

“Sains fizik cikgu. Uraian sebatian yang sukar dikelaskan dari hukum Mendel.”

Maksud kamu sifat genetik?”

“Tidak juga apabila tidak upaya diasingkan di antara hak ahli dan hak induk.”

“Lebih kurang begitulah.”

“Mana adil cikgu, bukan semua ahli berindukkan  induk yang serupa.”

“Kamu tidak sedar di sini ada CCTV?.”

“Nasib baik saya telah membakul sampahkan transistor cikgu.”

“Kamu juga sama seperti saya?”

“Cikgu buang radio?”

“Televisyen juga.”

Kelas bingar dengan tawaan yang nyaring.

“Tengah hari nanti kita makan bersuap cikgu?”

“Suapan besar atau  suapan kecil?”

“Gusar suapan besar menggunakan dollar suapan kecil menggunakan euro.”

“Itu namanya rasuah cikgu. Ustazah kata tidak boleh dimakan.”

“Walau pun diberi percuma?”

“Lebih hina bila ada yang sedia menangguk di air keruh”

“Siapa?”

“Pemilik produksi dan stesyen.”

“Begitukah makna pintu gerbang cikgu?”

“Saya tidak pernah lalu di bawahnya tidak pula tahu bagaimana perasaannya.”

“Apakah tinggi pintu gerbang itu sama dengan pintu gol cikgu?”

“Mana yang lebih tinggi ukurannya saya tidak tahu tetapi sifatnya serupa sebagai persinggahan.”

“Penerapan sahaja lebih menyerlahkan kulit dari isi.”

“Mengapa semakin ramai yang meninggalkan negara cikgu?”

“Rezab sudah habis.”

“Lalu tiada benda yang kekal?”

“Nama kekal hingga ke kubur kerana itu nama mesti dipelihara baiknya bukan sekadar memilih yang ada makna.”

One thought on “Meringankan Beban?

  1. Mengapa setiap kami (rakyat) tidak diberikan gaji hasil agihan dari pendapatan negara tatkala bumi yang telah lama menakung rezab sehingga menjadi simpanan peribadi.

    Adakah ia bukan harta yang perlu menjadi hak bersama?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s