Peluh Percutian Keluh Kekecewaan 1

Niat mahu meninggalkan anak bagi meneruskan pelajarannya di tanah air tidak terlaksana.

Pelajar-pelajar tidak sama keupayaan dan kebolehannya.

Ada yang memerlukan bantuan ‘guru’ di luar kelas yang rasmi lantaran berhadapan dengan realiti tidak upaya sepenuhnya fokus dihalakan sewaktu pembelajaran di dalam kelas berlansung.

Pada sisi masalah yang dihadapi oleh anak dara ini  ialah masalah dailek dari lidah pertuturan pengajarnya yang sukar difahami dan juga kesilapannya yang kerap membandingkan teknik penyampaian bekas guru-gurunya yang lalu yang tidak bertindak sebagai tutor lantaran menghayati pelajar yang berada di  sekolah adalah warga yang menuntut perlaksanaan dididik asuh supaya menjadi berpengetahuan walau pun mungkin mereka tidak berkelulusan.

Tatkala dijejaki pusat-pusat bimbingan yang ada di sekitar kediaman ibu saudaranya hanya ditemui tenaga pengajar yang menawarkan perkhidmatan tusyen di rumah.

“Lupakan sahaja hasrat itu. Mana munasabah pada tempuh empat bulan perlu diperuntukkan hampir 20,000 ringgit hanya pada peringkat ‘O level’ sahaja.”

“Standart skim pelajaran antarabangsa begitulah.”

“Lupakan sahaja. Biar dia ikut kita balik semula ke sana. Inilah natijahnya apabila pendidikan perlu dijadikan sumber berpendapatan. Syarat kemasukan ke institusi tinggi tidak setimpal dengan apa yang dipelajari dan dibelanjakan.”

Perbalahan kecil sukar dielakkan.

“Saya tidak mengorientasikan kecemerlangan kelulusan anak-anak tetapi lebih mengingini proses pembelajaran mereka membantu mereka mendapat pekerjaan. Sesuatu yang tidak wajar diabaikan jumlah pengangguran di kalangan graduan perlu diambil kira. Tersalah pilih jurusankah mereka tatkala jenis aktiviti ekonomi kian berubah yang intensif kemahiran lebih diperlukan dan penggunaan mental yang tidak mudah dikritikalkan oleh peperangan pemikiran perlu diselarikan di dalam sistem pengurusan?”

Memantaulah sehingga kita kesemuanya menjadi Pak Malau !

Dan tiba-tiba anak dara ini memuncungkan lagi bibirnya tatkala telah didengarinya gandaan wang untuk jam-jam pembelajarannya di sini berbanding di sana.

Aduhai.

Keluhan antara teruja dan hampa melihat kepekaannnya terhadap beban yang akan disangga oleh bapanya yang menjadikannya mahu berkorban yakni tidak mahu mengikuti kelas bantuan.

Dunia ini semakin kejam. Kitaran hutang diperlukan menjadi aktiviti berekonomi. Kini ke saku siapa kepuk-kepuk wang akan diuli?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s