Peluh Percutian Keluh Kekecewaan

Seperti lazimnya tatkala mahu pulang, suasana di lapangan berlepas menzahirkan kekurangan pendapatan di kalangan penjawatnya yang memungkinkan pelanggan-pelanggan mereka yang membayar kos perjalanan hampir atau lebih 12,000 (dengan nilainya tersendiri) berisiko menjadi mangsa.

Sesekali rasa teringin melewati pelanggan ‘busines class’ yang ada di antaranya dibenarkan membawa pulang ‘kontena’ yang terdiri dari barang bukan buatan tanah air hasil dari aktiviti membeli belah di tempat-tempat persinggahan yang menjadi laluan.

Hipokrasi biokrasi sesekali menjadikan ramah dan mesra merundum biar pun berusaha untuk dipaksa kawalannya.

Dari negara bermaustautin 32 kg muatan bagi setiap pelanggan dianggap ‘bernilai’ kerana upaya dilihat sebagai ucapan terima kasih kerana memilih syarikat penerbangan kebangsaan mereka sebagai pilihan utama walau pun tiada ruang untuk kemudahan bersolat.

Adakah ianya kesan dari penjawatnya yang tidak perlu mengumpul mata untuk apa-apa tuntutan atau apakah wujud keistimewaan untuk pelanggan-pelanggan tertentu diizin meraih beza muatan yang ditetapkan?

Sepanjang penghadaman erti kesabaran mata mengekori pelanggan-pelanggan yang sama penerbangan yang berbaris panjang… ramai yang hanya membawa satu bagasi malah ada yang hanya membawa satu sahaja ‘hand luggage’.

Begitu perbezaan di antara kelompok penerbangan sekeluarga yang membawa pesanan-pesanan peribadi anak-anak yang ditinggalkan bersendirian dengan penerbangan sendirian yang umumnya bukan dibiaya dari saku sendiri.

Tatkala menjejaki semula kaki ke lapangan ketibaan mukim yang ditinggalkan, budi akal lebih berbicara di tutur kata saat pengendalian sekeluarga diutamakan untuk berada pada kelompok yang sama malah disuakan oleh pelanggan lainnya agar ke kaunter bersama anak-anak.

“Tidak mahu wujud baris yang ‘q’nya panjang menjelaskan juga maksud etika professional di kalangan penjawat bertaraf rendah,” imbasan terhadap keperluan dirujuk kepada pengurus oleh penjawat di kaunter yang ditinggalkan meski dirayu agar dipertimbangkan tentang isi muatan yang ingin dibawa menyelinap ke minda.

“Semua orang yang balik kampung akan membawa barangan kampungnya. Tiada beza.”

Aduhai.

Itu tutur bicara kaunter di hadapan pintu tanah air sendiri tatkala disebutkan barangan hasil tanah air ini perlu diutamakan penggunaannya.

Ketenangan dan damai setibanya di permaustautin menghilangkan kekecewaan setelah mengabaikan pesanan anak-anak yang inginkan peparu yang seharian direbus untuk dikeringkan , jambu air merah, petai, tempoyak, bunga kantan. daun kunyit, kerang yang telah dikupas kulitnya dan harisa yang telah lama tidak dijamah oleh suami dan anak-anak.

Setahun sekali bukannya setiap bulan warga di luar negara mampu pulang bercuti. Sebagai memprotes dua kotak kami kelek hingga ke kabin walau diiring dengusan hisssh ahhhh. Keceluparan jiwa mungkin tidak upaya mereka redakan tatkala diujarkan barangan ini boleh dijual atau didermakan sebagai sedekah andai mahu ditinggalkan. Apakah harga barangan yang jauh lebih murah di tanah air sendiri perlu dituturkan? Orang miskin perlulah bersifat sebagai mana orang miskin apakah perlu bergaya walau papa kedana. Kesan kod etika keselamatan penerbangan yang dikhuatiri oleh Amerika kini menjadi etika yang mencemarkan budi bahasa kebanyakan warga se negara.

Melihat wajah ceria anak-anak yang menyabarkan kami menyedarkan minda betapa pun bergelar warga yang bertanah air apabila tidak memiliki taraf sosial yang tertentu yang dianggap sebagai hak keistimewaan bertradisi milik peribadi bagi nasab keturunan bangsawan eliet atau berantai dengan kaitan eliet kroni korporat, hak-hak bertanah air bagi warga dengan ketuanan rakyat hanya slogan yang temanya dipilih bermusim dan mengikut peringkat.

Betapa pula mereka yang hanya bertaraf pelarian yang seumur hidup dinafikan hak untuk bermilikkan halaman bernama negara?

Betapa pula tentang tawanan yang tidak upaya digelar banduan lantaran tidak pernah berpeluang untuk dibicarakan?

Betapa pula tentang makna kemerdekaan yang enaknya untuk berada di dalam rangkulan hangat minda yang ditemakan agendanya?

Selama manakah muslimku menjadi proses untuk dipeta mindakan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s