Hari Yang Indah?

12/Jun/2009

Membiarkan minda mendengar peminat-peminat seni hiburan berpromosi tentang bualan-bualan gossip dan lagu-lagu baru yang disiarkan buat mempengaruhi jiwa belia remaja di radio, saban waktu menjejaskan keseimbangan fikiran ini.

“Mereka mahu merankingkan susunan lagu-lagu di carta kehidupan kita.”

“Di sini terlalu hampir dengan bumi sejarah para nabi, apakah pemuja-pemuja kemodenan ini tidak peka pada sejarah berperadabannya zaman?”

“Petugas yang dibayar gajinya hanya mematuhi skrip penyelia mereka. Bila berpandukan skrip, gear kemahiran yang dibenarkan berkomunikasi tidak akan melebihi gear tiga. Bila melepasi ini mereka dianggap tersasar. Konti itu sendiri kecil mana wujud penghayatan demokrasi seperti mana kamera yang hanya upaya merakam objek kaku kerana pematuhan pada skrip.”

Sesuatu yang malang dan agak keterlaluan tatkala terasa pilihan jenis dan saiz huruf di papan pemuka dengan sekehendak hati menjadi isu tugasan ‘juru hebuh’ dan ‘juru gegas’ yang begitu pantas menyambar peredaran waktu sehingga ingin sekali diujarkan kemusykilan bagaimanakah sewajarnya keperluan disediakan di dalam usaha mengenali keupayaan masyarakat yang pelbagai ragam dan jenis ini, terzahir pengekalan untuk terus mempersendakan perbezaan ketrampilan maksud hakikat tuntutan beriman pada agama?

“Sesekali ingin ku laungkan nama saudari-saudari itu untuk ditanyakan jenis tindakan apakah yang upaya saudari-saudai hayati untuk dijadikan keperluan berhibur sebagai unsur pendidikan?”

“Benar, pendidikan tanpa meluhurkan akhlak bagaimana Cik Puan-Cik Puan dan para saudara saudarinya mahu memberdayakannya tatkala minda beragama sesungguhnya tidak mudah diperdaya.”

Apakah keperluan minda para petugas di konti.? Tidak mudah terlupa jerit lolong gelak tawa dan senda yang membingungkan tatkala mendengar saluran frekuensi di tanah air tanpa isu yang sepadan dengan sanggaan informasi bermaklumat. Malah jenis-jenis kroni upaya dihadami berdasarkan keterlaluan banyaknya penaja yang diiklankan dan tetamu yang diundang. Tidakkah wujud keperluan tentang bagaimana wilayah bekalan makanan kian terhakis oleh pendominasian relung untung mengikis diasuh untuk minda bertafakur?

Di dalam ceria minda muda berseloka darah ku yang membuak tiba-tiba oleh gemersik menyindir mereka yang entah demi isu apa. Peluh percutian kian mengalir membasahi minda. Rumah tangga mahu dipersenda? Seloka apakah ini duhai pancaindera angkasa zahirnya bergegak gempita batinnya umpama mempestakan kenduri !

Jiwa berbicara menilik Hikayat Purba. “Air didih menganak sungai. Kerak nasi membusut jantan.Terung berbuah di gelegar. Kunyit berhimpang di atas para. Serai beranak di atas dapor. Kepala kerbau dibuat tungku?”

Bagaimana diupayakan agar pendengar mengetahui wujud tanaman berbentuk daun dan bebunga dari tanaman hemp yang tatkala dikeringkan seperti mana tembakau dan popi ia menjadi jenis tanaman yang tidak meransang kecergasan akal? Lokasinya kini di tangan siapa sehingga media kian beragenda memapar hanya apa yang suka menyembunyi apa yang tidak memberi noda? Tar dan narkotin lambang masyarakat moden dari kota kini turut melengkapi orang kampung bila berbicara. Usah pula dihala pandang kretek yang tidak bertar tidak juga bernarkotin tetapi upaya resah oleh ketagih.

“Apakah dikau melupakan syisya? Berlaku adillah.”

Benar. Sukar merawat luka tatkala terlihat yang berjilbab masih mengidam syisya.

“Mahu disembunyikankah rasa tatkala keterlaluan pihak ‘dapur antarabangsa’ meresepikan daging khinzir dalam menikmati aroma wangian coklat untuk dinikmati rasa manisnya? Tidakkah juga minuman yang memabukkan menjadi iklan jenama mengiringi ‘dapur antarabangsa’ yang pada hemat kita wujud kesempatan juga peluang untuk dihargai makanan halal yang menjadi keutamaan masyarakat kini di dalam mempiawai kesihatan? Sehingga bila mahu disembunyikan rasa itu?”

“Lupakan sahaja.” Minda merayu jiwa. Apakah lazat dan sihatnya kepada jiwa muslimah seperti kita tatkala sedang serius melayani permintaan dan kehendak ‘media entertainment’ tatkala pembicaraan pembelaan salah seorang Cik Puan terhadap suaminya, kemanisan coklat  menjadi salutan daging khinzir menjadi resepi untuk juadah di plasma LCD.

Wajar difahami etika untuk berakhlak bukan hanya pada penyajian makanan, cara penyajiannya sahaja malah etika adab bersuci para pengendalinya turut menjadikan kualiti semakin menjadi terapi intisari insan bermodalkan diri.

Adab beristinjak bukan perkara ringan dan mudah kepada makna pengendalian makanan halal. Ia wajib dan pembelajaran mengenainya menjadi fardhu ain yang dituntut dipelajari.

Ini makna kejujuran dan pemahaman pengagendaan ekonomi baru yang mengasuh dan memimpin setiap warga di tanah air saya agar upaya mengenali kekuatan dan kelemahan bagaimana sikap berpengetahuan kini menjadi strategi beraktiviti yang tidak sepenuh perlu erti intelek itu hanya disasarkan kepada kelulusan dan lepasan berijazah kerana makna berpengetahuan dan berilmu itu digandingkan dengan kukuh oleh tunjang akar akidah agar jelas dan pasti lapangan matlamat itu dimulakan dengan niat kerana Hak-Hak Allah demi Hak-Hak ALlah dan dikembalikan kepada Hak-Hak ALlah meski medan dan bidang interaksi adalah di antara manusia sesama manusia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s