Hari Kemuliaan Roh Dan Jasad

Saat-saat menyambut ketibaan hari-hari keutamaan di dalam Islam di sini tidak jauh berbeza sewaktu menyambut ketibaannya di Rom dan London.

Roh yang menguasai dan memenuhi kelahiran insan-insan berkualiti menerusi kewajiban berpuasa dan ibadah sunnah korban semakin sukar disingkap untuk dihayati akhlak dan nilai kebanyakan kami berperibadi.

Ukhuwwah bertamu hanya di meja-meja hidangan apabila menerima undangan. Berhari raya dengan ketupat dan rendang, lemang dan dodol malah beribu jenis juadah hanya dianggap penyeri kemesraan.

Sesudah itu kesemuanya kembali menjadi apa yang terlumrah menjadi rutin yang tidak sujar ditelaah.

Begitulah  Syawal dan Zulhijjah yang dirasakan tatkala berjauhan dari tanah air.

“Berusahalah untuk tidak berhipokrasi yang menipu diri. Pesan sanubari hati yang paling dalam seperti lazimnya menghasratkan keikhlasan.

“Saya tahu lingkaran tempat mu itu letaknya qalbu yang asalnya membungkuskan daging dengan tompokan bintik-bintik hitam namun sentiasa kamu menggemakan sifat fitrah mu memperingatkan memesan jasad mu agar tidak melupakan hakikat perjanjian kejadian. Yakin mu mengingini keraguan dan kekeliruan ku hilang…”membelai qalbu dan sanubari yang sering beramar amkruf dan bernahi munkar di dalam diri.

Kembali mengharungi kepayahan memaklumatkan jihad oleh piawaian ‘standart’ yang tidak memenuhi keperluan pemantau antarabangsa yang merangkingkan tahap dan kerasionalan untuk dicirikan tindak laku sebagai ancaman yang merisikokan kehilangan makna kestabilan masyarakat.

Sedang kemiskinan-kemiskinan yang memperkukuhkan pegangan kuasa yang merumitkan kasta untuk dihadami sebagai peneutral untuk diplomasi menjadikan tertawa itu ubat yang pahit bagi kemajuan pencabulan tatkala berinteraksi.

Khayalan kini diertikan sebagai ketidakmampuan membeza realiti oleh impian yang bersifat melindungi sesuatu yang diilhamkan oleh kekreatifan berdasarkan agenda berencana yang dimelankolikkan oleh sifat hiburan. Hipokrasi kerana pencabulan tatkala berinteraksi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s