Khunsa?

Sampul surat yang bertindan tersusun kemas dicapai salah satunya dan terpapar sepucuk warkah yang sedaya upaya diimbaskannya kepada siapa ia ditujukan. Tiba-tiba teringin sekali untuk melihat seorang posmen yang bermotor paling tidak menaiki van menghantarkan kiriman-kiriman yang diposkan.

Kejadian kiriman surat yang diterima  yang telah terkoyak  mengimbas waktu lebih tiga puluh tahun dahulu di mana permohonan kemaafan dengan  disertakan logo rasmi pemberitahuan surat ditemui di dalam keadaan telah terbuka melegakan perasaan. Menyerlah ciri madani yang memperelokkan pekerti sebagai jati berperibadi.

Assalamualaikum Ya Ukhtie,

Ingin berkongsi pemandangan.

Saat ini di paparan stesyen-stesyen di salah sebuah negara Teluk sedang aktif membincangkan natijah demokrasi di wilayah-wilayah muslim. Yakni paling terbaharu kejayaan pengekalan Presiden Ahmadinejad sebagai Presiden untuk tahun mendatang.

Ia difahami sebagai sorotan isu demokrasi dan cara sistem berkerajaan yang ingin diwacanakan semula oleh Amerika  yang akan dijadikan aras menangani krisis keewangan negara itu di samping disorotkan semula keperluan warga Palestien bernegara.

Mengikuti dengan dekat isu-isu ini ingin dikongsikan persoalan :

Apakah diperlukan bias di dalam berinformasi apabila seakan diusahakan bahawa cara terbaik bagi menerima kemenangan dan kekalahan parti-parti bertanding adalah dengan merujuk cara Amerika menerimanya dan pada waktu yang sama digambarkan dengan jelas kesukaran untuk menerima kekalahan di kalangan kita yang dinamakan wilayah muslim?

Keuntungan di pihak manakah sebenarnya yang mahu disasarkan di kalangan kita (muslim) apabila demokrasi di wilayah ini dijadikan sasaran untuk pembetulan sistem mereka?

Bagaimanakah kenaikan harga minyak diabaikan dari maksud kegagalan di dalam ekonomi?
Adakah kesan dari aktiviti penyelamatan syarikat yng mengalamai kerugian kesan dari wujudnya lebihan wang ($US) di dalam pasaran?

Kita usah lupa bahawa dewasa ini wujud persaingan sengit yang tidak bertanggungjawab dari syarikat-syarikat tertentu di dalam mengamalkan budaya meraih pengiktirafan untuk diikonkan imej dan motto korporat yang menjadikan warga tidak  wajar berhenti berfungsi setelah tamatnya pilihanraya.
Bagaimanakah upaya warga menghayati  proses-proses penolakan dan penerimaan cadangan  perwakilan di Parlimen mempengaruhi untuk dasar negara mengefektifkan kejayaan warga?

Buat pengetahuan ukhtie ana bukan pembaca akhbar-akhbar harian tanah air di on line.

Pastinya ukhtie inginkan penjelasan mengapa ianya berlaku.

Sehingga bertemu kembali.

Tidak mungkin ukhtie ini lelaki…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s