Serendah Mana Nilai Mu?

Lelaki-lelaki yang kedahagaan naluri batinnya kini merekah jiwa untuk melempiaskan fitrah dan dengan menjadi hulubalang tentunya sukar buat mereka memiliki psikologi yang kental lantaran yang ditemui ialah debu gua nitrat, angin dan kerikil batuan yang luluh oleh cuaca yang tidak mampu didepani menjadikan tahun-tahun yang melewati hampir sepuluh tahun hanya mematlamatkan kegagalan yang memerlukan perisai dipakaikan ke wajah… “bagaimana bisa dibantu?”

Lunak merdu yang kini menjadi seperti lolongan serigala suara jiwanya tidak kedengaran kerana seperti anjing yang patuh mereka itu hanya bisa menganggukkan kepala sahaja.

Sikap yang tidak dikeji tatkala berani untuk berkata tidak bukan kerana ingin menjadi budak tetapi hanya kerana tahu sempadan mana yang wajar dihentikan diperbudak.

“Dikau bertanya bagaimana mahu dibantu?”

“Kemaraan tentera itu bermakna peperangan dan itu tandanya menumpahkan darah.”

“Bukankah mereka manusia moden? Adakah keamanan bermakna bersantai di hadapan  televisyen dengan bertih jagung dan sedozen minuman ringan di sisi untuk adegan-adegan bagi didodoikan jiwa untuk dilelapkan mata?”

“Atau mungkin juga kedamaian itu difahami menerusi kesempatan dan berpeluang bercakap sendirian di depan kamera untuk mendapatkan tepukan penonton setelah berjaya mempersendakan sesuatu tindakan atau ujaran.”

“Itu sahaja?”

“Ada masanya butir perkataan tidak jelas asas isunya namun skrip meminta penonton bertepuk keriuhan itu sangat didambakan dan di studio ianya tidak mustahil berlaku dengan bantuan audio.”

“Bumi yang bertuan bukan studio kawan!”

“Berkompromi hanya sedia dilakukan oleh mereka yang berprinsip untuk tidak hilang ketuanan di tangan pendatang luar. Jika tidak apakah motif keamanan itu?”

Menjayakan pengawalan kekayaan peribumi menjadikan keangkuhan terzahir. Entah apakah yang mahu dikorbankan lagi tatkala garis-garis perhubungan telah disempadankan biarpun tanpa pernah mahu meminta persetujuan dan kini ego kembali bertuankan jasad itu. Semakin memualkan kadangkala rasa yang bersudut di hati ini. Ego lelaki yang sesekali mengabaikan fungsi akalnya sehingga memarakkan nyalaan nafas emosi sahaja.

“Sudah kemana fikiranmu dijangkau oleh bualan tadi?”

“Apakah motif keamanan dan keselamatan tatkala halangan dan rintangan disengajakan menjadi halangan bagi kebebasan warga peribumi itu?”

“Maksumu?”

“Adakah susuk jasad Al-Qaeda dan Taliban itu merupakan kod bagi jaminan piawaian keselamatan untuk Amerika dan sepupunya England?”

“Osama itu juga maksudmu?”

“Entah siapa yang dapat memberikan jawapannya?”

“Alasanmu apa kali ini?”

“Pengulangan seperti ini hanya berlansung di wilayah-wilayah tertentu wajar diberikan perhatian. Kesemuanya ditinggalkan terbengkalai begitu sahaja tanpa kesungguhan ditemukan penyelesaiannya.”

“Siapakah yang bersedia memberikan jawapannya?”

“Di situlah konflik dan krisis diwujudkan. Entah sengaja entah tidak ia sudah semakin tidak menjadi rahsia lagi.”

“Marahmu memang sukar dirungkaikan.”

“Dikau tahu bagaimana keturunan arab mencuba menyaingi sepupu mereka etnik yahudi di bidang entertain sehingga yang rugi ialah ummah? Menjawablah dengan jujur bagaimana rasional mahu diterima apabila warga menjadi pelarian di tanah airnya sendiri? Tidak berharga dan bermaruahkah kelahiran mereka di tanah air sendiri sehingga mahu diusir sekehendak hati tatkala disuap dan dipangku rakan kongsi?”

Pesanan Kekasih SAW kini bertukar tempat dengan kata-kata motivasi bernada korporat. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan mukmin pasti Allah menghilangkan kesusahannya di Hari Kiamat. Padahnya tentunya kepada ummat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s