Di Manakah Pembela?

Dia memandang wajah gurunya yang sedang memberi isyarat supaya jangan bersuara memandangkan kelas sedang sepi oleh ketekunan pelajar mentelaah sendirian. Mindanya sukar dihalang untuk bebas berinteraksi sesama saraf yang menyuburkan neuron-neuron yang dibuai di sinaps yang kecil laluannya.

“Bagaimanakah jika diperbetulkan sebutan perubahan itu adalah dari tidak beriman kepada beriman Cikgu?”

“Belajar menghormati arahan boleh?”

“Apakah tidak ditakuti bahawa hampir ribuan anak gadis dan wanita  Afghanistan diperkosa dan dalam hubungan ini bagaimanakah pembanjiran kemasukan bahan –bahan porno yang  turut disulami dengan kemudahan interaksi menjadikan kebanyakan warga di landa kesukaran memahami makna kemunduran natijah dari  pengawalan sistem yang tidak adil oleh dasar jajahan untuk menguasai minda warga yang sememangnya di dalam kemiskinan biarpun setelah memperolehi bantuan teknikal luar yang mewajarkan ditanya di manakah pembaharuan setelah sekian lama diberi peluang  untuk diperbetulkan keadaan?”

“Apakah buku yang kamu  baca sehingga begitu dalam makna dan tujuan soalan itu?”

“Kehilangan Lelaki-Lelaki Dekad Ini”.

Wajah Cikgu tidak berseri dan berpaling sambil merenung ke tingkap.

“Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada kejatuhan ekonomi dan ketidak berdayaan rakyat di Iraq, Palestian dan Afghanistan dan ini mewajarkan dituntut pertanyaan apakah tujuan sebenarnya sistem ketenteraan yang difahami sebagai asas berfungsinya pemeliharaan  kemerdekaan?”

“Regionalis dan kerjasama wilayah serantau tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran di sekolah.”

“Pergolakan serantau tidakkah dimulai oleh isu yang diwujudkan Cikgu?”

“Saya penat mahu memikirkan soalan-soalan kamu gunakan mata dan telinga kamu sendiri.”

“Pancaindera ini memang telah digunakan secara percuma Cikgu, tidak pernah berbayar dan dasar langit terbuka itu menjadikan jiwa mereka tertutup oleh bebasnya memperalatkan interaksi dan komunikasi.”

“Apakah keegoaan dan kepentingan bangsa atau keselamatan  warga atau  jaminan untuk pemeliharaan penguasa menjadikan sesebuah angkatan dan armada ketenteraan dibanggakan penubuhannya?”

“Ketumbukan ini hanya akur pada perintah maksud kamu?”

“Mereka tidak dibenarkan berfikiran dan memiliki pendirian sendirikah terhadap bukti yang  ditemui bahawa di dalam peperangan masyarakat awam kanak-kanak wanita dan golongan veteran tidak boleh dibunuh atau dicederakan?”

“Berbincanglah dengan guru Sejarah kamu bagaimana mahu dilakukan sesuatu terhadap salah pertimbangan seorang anggota keselamatan.”

“Bagaimanakah pula seandainya ditanya  wajarkah penghakiman terhadap tindakan khilaf polisi sesebuah negara dilakukan demi mengaplikasikan makna sebenar pengiktrafan kemerdekaan sementelahan negara-negara ini  memiliki Perlembagaan dan undang-undang negaranya sendiri lantaran kesemua negara ini adalah negara yang merdeka dan berdaulat?”

“Apakah yang boleh saya lakukan demi membuatkan kamu berpuas hati?”

“Berapakah jumlah sebenar negara yang benar-benar menentang jenayah dalam peradaban masa kini Cikgu?”

Cikgu masih dengan wajah yang tidak berseri dan ada sesuatu yang lebih menarik minatnya di luar kelas.

Cikgu sama seperti yang lain penerima gaji di setiap bulan dan apa yang tidak membuatkannya upaya memperolehi penambahan pendapatan tidak akan menjadikan berminat dengan soalan. Mahu sahaja diujar agar projek membacanya tertumpu kepada bacaan komik sahaja jika soalan dari bacaan tidak sedia dijawabnya. Sekolah bukan lagi membuatkan daku gembira.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s