Wajah ‘Mu’ Di Mana-Mana

Di manakah?

Wajah-wajah ketinggian peradaban semarak semangatnya mengobar megah

Wajah-wajah maju zaman memodenkan fikiran untuk sentiasa berubah

Wajah-wajah ketinggian maruah berintelek memelihara maruah

Wajah-wajah penguasa akan teruskah beramanah?

Wajah-wajah demokrasi yang membarah amarah

Wajah-wajah harmoni hanya pada tertentu arah

Wajah-wajah yang sentiasa mahu didengar arah

Wajah-wajah hegemoni senang mempermudah

Wajah-wajah keliru sekular bisa penjajah

Wajah-wajah liberal menyeka padah

Wajah-wajah putih coklat hitam dengan merah darah

Wajah-wajah trans domestik berantarabangsakah

Wajah-wajah menyumbang senang senda tertawa berhelah

Wajah-wajah gemar memaki mempermain mempermudah

Wajah-wajah itu pada usia dewasa juga anak-anak yang masih mentah?

Wajah-wajah yang semakin membenarkan hati dirasuah?

Semakin jenuh untuk berlelah haruskah diucap salam berpisah?

Lantas mahu diujarkan bahawa kewujudan Aus dan Khazraj mewakili Yahudi telah pernah mendominasikan Mekah

Justeru itu

Menjadi ia  sebahagian dari sebab perpecahan ummah

Yang kini berzaman telah menjadikan dunia sentiasa berubah

Dimensinya untuk menempatkan semula acuan yang diyakini berakidah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s