Meminggir Menyingkir Mengusir?

“Apakah di sini di bumi ini memerlukan tema untuk kehidupan?”ujaran ini disambut dengan senyuman.

“Maksumu setiap bulan memerlukan penawaran hidup yang bertema, di sini?”

“Lalu andai begitu adakah kita tidak dibenarkan untuk bebas berpendirian membuat pilihan pada setiap bulan?”

“Manusia berpengetahuan lalu begitulah kitarannya.”

“Marahkah andai ditanya adakah dunia ini memerlukan tema fantastik yang bersumberkan imaginasi sahaja namun mentabiatkan ‘kegilaan’ sebagai proses memberdayakan intelek? Maksud dengan lain kata apakah Cik Puan mahu minda  dimoniterkan?”

“Apakah perlunya menyingkir dan  disingkir  jika perencanaan terlebih dahulu diwujudkan?”

“Sesekali dirasakan sumbangan dari pemikiran liberal kelazimannya seperti tidak menggalakan pertembungan berlansung.”

Senyuman  masih terukir menjadikan  sukar ditelaah jiwa wanita itu.

Mempertaruhkan nasib menerusi semangat kesukanan mewajarkan diwaraskan semula tindakan tatkala kita mencipta usaha bagaimana muafakatnya tidak menghubungkan sepakat?

Bagaimanakah tata cara yang wajar dijadikan imej pembentukan makna berpengetahuan tatkala ia sinonim kepada Amerika dan Barat yang sedia menjualkan analisa pentelaahan dasar-dasar luar negara mereka untuk diundang pembicaraan yang digunakan secara bebas oleh pelajar-pelajar yang digalakkan melakukan pengkajian melalui projek-projek yang meningkatkan prestasi sesebuah jabatan untuk saling bersaing mendapatkan pembiayaan?

Sayang sekali pembiayaan bencana dan isu kemanusiaan memerlukan penglibatan awam untuk mendapatkan sumber dana sementelahan biayaan sukan dan liga seperti terurus perencanaan keewangannnya.

Apakah sememangnya tiada tabung khusus dari peruntukan Badan Dunia dan Negara Utama Industri juga Kesatuan Menteri-Menteri Keewangan Negara Kaya yang selama ini berfungsi mengawal harga sumber utama tenaga  membaca potensi pengoptimuman arah edar aliran sumber tatkala bencana-bencana alam semakin tidak sukar diketahui musim-musim ia melanda dunia?

Catatan-catatan itu hanya dituliskan kerana senyuman telah hilang dari bibir Cik Puan tatkala diujarkan,”saya tidak suka dasar-dasar Amerika dan pelobian kepimpinan mereka yang perlu dijana dan ditermakan bagi diteruskan kehilangan makna merdeka sesebuah negara.”

Merajukkah Cik Puan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s