PROTES MENYALAHGUNAKAN CATATAN

Gelanggang yang bertatakan warna istimewa ungu yang dirapikan oleh warna seakan-akan hijau yang diadun oleh warna coklat muda agak mengujakan seluruh panca indera.

Usah menipu. Itu bukan suara dari hati mu.

Suara-suara rahsia itu sukar meninggalkan diri ku. Ia berterusan berbicara selagi voltan berkapasiti bekalan menyelenggarakan aliran dihidupkan.

“Baiklah ini bicara jujurku yang mahu dikau terima tanpa apa-apa rasa.”

“Bagaimanakah sewajarnya trampilan budaya berstatus dunia diurus selenggara identitinya di wilayah yang dijanjikan kedatangan Imam Mahadi dan hadirnya semula Nabi Isa (as)?”

“Adakah dengan imej parti liar muzik ala pub dan disko dan semi porno pada lakon layar juga senikata?”

“Adakah kita serius selama ini?”

Imam dan Nabi Isa (as) mahu memperbaiki ekonomi sahajakah? Rungutan tidak diluahkan.

Aktiviti yang banyak membuang masa jika masih mahu wajah yang sama memimpin dan melaksana pembaharuan.

Amerika dan UK dan seangkatan dengannyakah sahaja yang layak menjadi Imam sehingga tersangat ketara dijaga hubungan dengannya? Radang itu sudah tidak dapat dibendung semenjak melihat lelaki-lelaki gagah bermuafakat di dewan indah serba mewah beebrapa hari yang lalu.

“Rasanya tidak. Kamu tidak serius.”

“Isu menyelamatkan dunia alam dan manusia dari kemusnahan sebelum kebinasaan sebenar terjadi bagaimana dihindarkan dari kajian sains? Di meja perjudian?”

“Mengapa tidak dikau pertikaikan hanya 500 ribu sahaja untuk kajian penganalisaan  berbanding jutaan untuk pasarana anak-anak yang dipermatakan? Sentiasa didihmu ini seakan mahu membakar sesuatu.”

“Bagaimanakah wajar dizahirkan makna mengislahkan masyarakat dengan idea Islam? Interaksi berdasarkan kesemuanya  terbuka?”

Komunikasi terbuka pasaran terbuka minda terbuka peribadi terbuka tabiat terbuka selera terbuka jiwa terbuka dan kini dengan kehidupan yang terbuka irama terbuka terapi  untuk  pakaian terbuka? Sungutan mindanya semakin sukar disukat didihnya.

Sabarlah kerana masih ada yang tertutup. Jiwa membisik perlahan.

Apakah dia? Minda membentak.

Angkasa terbuka ini kini telah ditutup oleh punca ganda kuasa !

Bagaimana jasad dan fizikal pada sudut pembinaan teknologi untuk sisi keselamatan ummat disejagatkan tatkala dimanipulasi sekehendaknya atas nama permuafakatan perkongsian antarabangsa?

Bagaimanakah diwujudkan undang-undang di wilayah bawah aras laut tatkala kecamana pada perlakuan menyalahi undang-undang di atas tanah menjadi bukti penguatkuasaan tidak menjamin pembelaannya ke atas mereka yang memerlukannya?

Bagaimanakah persediaan penaklukan dunia ke tangan yang adil upaya dirapikan andai budaya trampilan dunia dikhilaf ertikan maksud ia berbudaya?

BAGAIMANA?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s