Ziarah Minda 1

Menghayati nilai kemerdekaan sebuah negara kecil di rantau ini menjadikan keterasingan bukan sesuatu yang anih dan perlu dikesalkan.

Realiti yang diperlihatkan ialah negara-negara kuasa utama yang perlu berubah kerana negara-negara di Teluk berperanan selaku penampan bagi keneutralan keamanan dunia.

Andai negara-negara ini mahukan peperangan maka tercetuslah peperangan akan tetapi apabila negara-negara di Teluk ini tidak mahukan peperangan ia tidak akan berlaku.

Dan perkara ini tidak wajar diabaikan.

Inilah maksud perubahan yang perlu dihayati oleh kuasa negara utama.

Seperti lazimnya masalah yang ketara terzahir di sini ialah sistem pengurusan.

Kami seawal pagi menuju ke dataran Corniche untuk meraikan bersama titik permulaan tahun baru bagi kalendar Hijriah yang jatuh pada hari diraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah ini kali ke (berapa ya).

Inilah kali pertama di dalam hidup ini terbuka hasrat mahu meraikannya secara ‘live’ sementelahan selama ini hanya berada di depan televisyen bagi mengikuti acara perbarisan.

“Tidak perlu menunggu mereka. Kita pergi dahulu,”memikirkan bimbang terlepas acara perbarisan ahli keluarga yang masih tidur selepas subuh ditinggalkan.

Telah ramai dari kalangan pekerja asing memenuhi dataran Cornige di hadapan laluan menuju bandar. Anak-anak kecil yang masih tidur diusung beserta saratan bekalan minuman.

1156

Pekerja asing berserta keluarga mereka yang terdiri dari bayi, anak-anak kecil remaja dan kalangan yang berusia memenuhi tembuk-tembuk pejal di sisi bahu jalan yang telah ditutup dan dipagari oleh sekatan besi bagi menghalang kami melintasi jalan raya menuju ke seberang laluan menuju ke lapangan terbang.

Setelah mendapat tempat yang dikira tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dari medan meletak kereta, kami sama-sama menanti-nanti acara bermula.

Setelah beberapa das letupan meriam kedengaran kami menyedari acara akan bermula. Kedengaran hanya musik di speaker utama dan ucapan aluan namun kami masih menoleh-noleh sambil memanjangkan leher ke arah jalan utama yang ditutup dan dikawal oleh polis. Kami masih saling mengharap untuk melihat apa yang sedang berlaku setelah kedengaran tepukan dan jeritan dari arah laluan seberang jalan.

Tanpa aturcara majlis atau buku cendera hati tanpa kertas ‘pamplet’ yang upaya menjadi panduan tanpa papan tanda yang menjelaskan jadual susun acara membuatkan anak gadis mengusulkan agar kami berjalan lagi ke hadapan. Setelah pasti acara perbarisan hanya berlansung di laluan menuju lapangan terbang dan tidak ada apa-apa perarakan di laluan menuju ke bandar, diri berujar bahawa petugas dari pasukan keselamatan sendiri tidak mengetahui keadaan yang sebenar berlaku iaitu tidak ada perarakan di laluan yang telah dipenuhi oleh pengunjung.

Kami cuba melintasi laluan jalan ini tetapi petugas telah mengangkat tangan mengarah agar kami tidak berada di bahu jalan yang tidak dipagari itu.

“Kita tunggu sehingga ada di kalangan warga mereka sendiri yang menyatakan keadaan yang sebenar dan andai mereka melintas kita bersama-sama ikut melintas,”keputusan muktamad dibuat.

Ya kesempatan itu tiba tatkala beberapa syeikh warga tanah ini mulai berbual-bual  dengan petugas dan kami akhirnya berjaya menyertai kelompok pengunjung yang sudah mengambil tempat yang selesa menyaksikan acara yang telah berlansung.

Tidak mahu menuruti anak gadis yang mencelah untuk mendapat tempat bagi mencari sudut selesa untuk kameranya berfungsi diri hanya menunggunya di sudut yang lengang sambil melihat persekitaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s