Ziarah Minda 2

“Grand stand’ yang diletakkan di tengah-tengah pembahagi jalan ternyata menutup pandangan   penonton yang telah sedia memenuhi laluan di seberang jalan menuju ke bandar. Sewajarnya penonton yang berada di hadapan duduk untuk memberi peluang keseluruhan acara dapat ditonton juga oleh penonton yang berada di belakang.

Papan tanda mungkin upaya membantu untuk arahan dipenuhi.

Pesekitaran tidak kondusif. Minda mencela. ‘Grand stand ‘ itu umpama pembangunan yang telah meragut ketenangan mergastua yang diimejkan oleh penonton yang berasa diabaikan oleh ‘pengurusan’ yang tidak peka dan mesra kepada alam.

Mengapa diri kerap berminda sebegini?

“Kamu menjadi kertas cetak siapa sebenarnya minda?”jiwa menyampuk menggagahkan rasa.

Lantaran kedudukan lokasi ini berada di tanjung yakni seakan-akan sebuah pulau yang tidak memerlukan jambatan bagi menghubungkannya dengan daratan serentak wujud acara-acara serangkai di udara laut dan darat.

Rungutan-rungutan kecil yang diluah secara rahsia mungkin tersirna oleh acara-acara tersebut.

Rahsia?

Kehadiran bersama warga tua dan bayi-bayi kecil tidak memungkinkan mereka bersesak untuk berada di lokasi utama acara dilansungkan. Dan polis masih dengan sikap ketaatan pada arahan-arahan yang tidak upaya mereka toleransikan sedangkan ia hanyalah terletak kepada budi bicara dan etika kemanusiaan sesama untuk sedia bertolak ansur.

Berujar tentang toleransi kami agak tersentak tatkala memasuki perkarangan utama Sauq yang kini mulai menuntut bayaran bagi setiap petak kenderaan yang memasuki medan utama pelancung.

“Mungkinkan selepas ini akan ada gerbang-gerbang mengutip tol di lebuhraya?”

Semoga tidak ada rahsia yang cela melingkari persisiran tanjung ini yang upaya mencemarkan penglihatan anjung di haluan pelayaran yang telah bermula ini.

Tatkala lintas hormat pesawat-pesawat supersonik dan jet-jet pejuang berada di udara jari menyunting rasa.

“Dengan adanya ketumbukan tentera sendiri berapakah belanja upaya dikurangkan bagi menggaji tentera asing di Teluk?”

Taburan kepadatan penduduk tidak di sini ianya wujud dengan keluasan yang terhad tetapi kaya sumber bagaimana mereka sedia mengsahihkan mereka juga terkelompok di dalam kumpulan pendiskriminasi?

Demontrasi pesawat di angkasa paling mengujakan dan tertanya siapakah pemandu-pemandu yang menduduki ruang pemandu yang tinggi seni kemahirannya sementelahan wujud pengkalan tentera Udara negara luar di sini.

Kami diashikkan dengan kepulan asap di udara dan bunyian yang hanya kedengaran selepas pesawat hilang di mata.

Bermanafaatkah skil istimewa begitu andai ia dihalakan ke arah insan-insan yang masih mahu meneruskan kehidupan mereka tanpa pernah tahu mereka menjadi perisai untuk diuji ketepatan sasar tembakan?

Apakah wanita kanak-kanak juga warga tua pernah inginkan kemahiran itu menamatkan riwayat hayat mereka?

Mengapakah perlu beremosi tatkala suasananya adalah riang dan gembira?

Mungkin kerana tidak mahu berterusan berhipokrasi.

Serentak itu juga kami terlepas pandang untuk menyaksikan wanita-wanita negara ini di dalam seragam pasukan keselamatan. Hanya itu satu-satunya penyertaan wanita di dalam acara perbarisan pada pagi itu. Sebagai mana lazimnya masyarakat di sini masih tidak sepenuhnya bersedia meletakkan wanita mereka di tengah khalayak oleh adat dan budaya. Banyak kesempatan yang tidak diterokai bagi menterjemahkan budaya fikrah mentaliti muslimah Teluk yang jasmani dan rohaninya dibentuk oleh akliah islamiah yang tidak hanya disifati oleh kebebasan dan ketoleransian sahaja di dalam memajukan pemikiran yang benar, bahkan identiti berperibadi wajar digandingkan tatkala kebangkitan negara-negara Islam dan warganya menjadi satu tuntutan di zaman ini.

Minda menaakuli apakah yang mahu dijadikan sebagai pusaka oleh wanita Teluk kepada generasinya di dalam usaha membetulkan sikap nilai dan pandangan Barat dan kini Eropah terhadap entiti muslim yang terdedah kepada dakwaan yang mempertikai kebebasan mereka membuat pilihan. Keligatan minda menilik-nilik makna media dan wanita sebagai jurubicara yang tidak berkhianah bagaimanakah proses ia terlaksana tatkala mereka terus fasih dengan ungkapan militan pengganas dan radikal? Benarkah mereka membina interaksi tanpa hipokrasi? Ataukah mereka masih terus terpegun dengan kemodenan Barat yang hanya menzahirkan ketidakbebasan fitrah mereka menikmati jiwa yang merdeka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s