Ziarah Minda 3

Kesederhanaan adalah sifat semula jadi tanah ini yang sangat wajar dikekalkan. Damainya yang tenang tanpa hingar bingar sangat wajar dihayati sebagai wajah sebenar nilai kestabilan yang kemakmurannya menaungi minda dan jiwa masyarakat yang kian ingin mendekati makna takluk jajahan Allah bukan kesan takluk jajahan manusia semata-mata.

Tatkala takluk Allah lebih dipaksikan, takluk manusia disisikan, jahil tidak menjadi pakaian diri biar dicela diumpat keji, diri wajarnya miliki peribadi bukan boleh diarah sesuka hati, jika benar faham maksud demokrasi kita tidak perlu berhipokrasi, menyekat itu kecil sifat berdiri hingga gah protes itu tandanya benci andai berdiam sakit di hati membakar diri.

Sesudah solat Jumaat kami menyusuri jalan-jalan yang jauh dari Corniche dalam menghayati roh-roh warga yang bernegara.

Bendera-bendera rasaksa buat pertama kalinya berkibar megah di bangunan-bangunan yang masih pekat seni bangunnya yang dekat pada ukir reka sederhananya tidak terlalu riak tidak pula terlalu naïf oleh budaya Islamnya yang turut mengadun imej unik.

Hujan yang turun bagaikan seberkas mutiara beberapa hari lalu membuatkan kami bahagia biarpun buat sesetengah mereka yang tidak sukakan hujan ia ibarat lopak yang mempalitkan kekotoran, menjadikan suasana tanah ini lebih ceria segar dan nyaman tanpa bacaan indeks udara yang tinggi oleh deruan debu-debu yang menyukarkan pandangan. Nikmat hujan di gurun adalah bahasa iman oleh lahar didih yang gerun kian sedia dilenturkan.

Warga di sini bilangannya sedikit sesuai dengan saiz tanah yang dikurniakan oleh Allah dan ia kelihatannya disyukuri oleh mereka yang tidak menzahir ingin mengambil apa yang bukan milik mereka.

Malah membuka jendela dengan penuh hikmah agar bila berdiri mereka sama tinggi dan tatkala duduk mereka sama rendah.

Tidak juga wajar berdiam minda berlepas tangan hanya bersedia menjadi majikan tatkala menjadi kaki tangan juga membina kemahiran dan membuat diri berpengetahuan.

Buat pertama kalinya kami perlu pergi jauh sehingga ke West Bay untuk bersolat lantaran kenderaan sudah mulai memenuhi laluan-laluan menuju ke Corniche. Tidak mengetahui acara-acara rasmi perayaan yang diadakan di sana kami memasuki City Centre dan sudah ditemui kenderaan-kenderaan yang bermegah dengan bendera dan wajah Raja mereka.

Suasana masih lengang dan sebetulnya kebanyakan warga pekerja asing telah mulai pulang meninggalkan tanah ini bagi menghabiskan cuti tahunan yang turut diambil sempena perayaan Hari Natal dan Tahun Baru. Kebanyakan warga mereka sendiri juga ada yang masih berada di tanah suci Mekah dan Madinah juga dalam percutian sempena cuti semester persekolahan.

Pemandangan ini adalah fenomena lazim kepada tanah ini. Suasana menjadi sunyi dan satu kemeriahan bagi penyendiri.

Tatkala mengikuti acara persembahan kebudayaan seni Qatar yang diadakan di lapangan bermain luncur ais cuba ditanyakan kepada beberapa wanita mengenai hikayat penceritaan yang diadunkan dalam seni tari pedang yang lenggang lengguk dan pukulan rebana yang mengiringi nyanyian. Aib kembali melimpahi ego diri tatkala diakui diri bukan muslim yang baik tatkala bahasa rasminya, bahasa santun rohani Kitabnya, bahasa erat kasih cinta Pencipta di syurga, bahasa para Kekasih sanjungan ummat tidak mampu difahami.

Menilik pakaian jubah para peraksi melambangkan adab-adab etika yang menyerlahkan peribadi jiwa dan rasa lelaki-lelaki yang dibebani tanggungawab dan amanah bukan hanya untuk  berperaga. Sempena meraikan merdeka pakaian seragam pasukan kenderaan perondanya juga menarik perhatian. Uniknya ialah pakaian Raja dan kaum kerabatnya tidak berbeza dengan rakyat kebanyakan. Tidak hanya jubahnya sahaja yang sama warna bahkan jenis sandal yang digunakan juga serupa. Begitu juga pakaian Permaisuri dan kerabat wanitanya tidak berbeza warna hanya dibezakan oleh jenis material yang lebih bermutu. Tidak wujud halangan untuk warga awam berpakaian sedondon tatkala berada setempat bersama Raja dan Permaisuri mereka.

Kesederhanaan inikah yang telah mengaburkan pandangan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s