Ziarah Minda 4

Umumnya masyarakat arab tidak mengambil kesempatan memperagakan etika berbudaya acara tarian pedang ke persada dunia kerana berupaya  menampilkan akhlak tatkala hanya peraksi lelaki sahaja yang beraksi. Adun beradab begini amat memberi kesan dan wajar menjadi entiti budaya muslim setelah selama ini imej budaya warga Teluk ini digambarkan dengan gelekan pinggang dan pinggul wanitanya. Paparan sebegini menzahirkan kelakuan dan seperti diketahui cara berfikir dan bertindak pelakunya.

Berkesempatan menonton acara nasyeed memulaskan seluruh jiwa tatkala terasa masih wujud resapan kerohanian dari acara-acara seni budaya arab. Pengasingan penampilan gender di khalayak amat tepat dengan tuntutan syarak. Wajar diluaskan bagaimana sessi-sessi urutan dan mandian wap masih wujud aktivitinya di sini tetapi dengan penghayatan di antara lelaki dan wanitanya diasingkan bagi menjamin kebebasan emosi untuk fitrah semula jadi insan sentiasa malu andai aib-aib auratnya didedahkan.

Seni interaksi ini mempersonakan seluruh jiwa raga saya sepanjang meraikan kemerdekaan warga negara ini.

Malam menjadi waktu yang paling dinantikan oleh warga mudanya. Di dalam hayat kami inilah fenomena baru bagaimana kemerdekaan diraikan. Belia yang berani berdiri dengan sifat sebenar diri mereka tanpa hipokrasi. Mulanya terasa bingung namun setelah anak teruna dan anak gadis menerangkan alasan dengan fakta yang jelas, alam dan cuaca turut membentuk sosial untuk indidvidu membina sikap dan tingkah lakunya. Kemahiran mereka di atas jalan raya selama ini bagaimanakah tidak melahirkan belia ini sebagai pemandu di litar perlumbaan antarabangsa yang skil teknikal pemanduan ala ‘stunt’nya wajar diberikan perhatian. Umumnya kecekapan ini tidak wajar disia-siakan andai mereka turut didisplinkan agar lebih menjiwai moral dan nilai akhlak sebagai muslim yang tidak wajar mempunyai persamaan nilai dengan penampilan pemandu yang berada di luar lingkungan Islam.

Saat anggota keselamatan turut sama memberikan sokongan dengan tidak mengganggu aksi-aksi yang dianggap ‘brutal’ di atas jalan raya, kebebasan emosi remaja dan belia-belia ini menjadikan mereka menghargai kepercayaan kerana sesudah itu mereka berkumpul dan keadaan menjadi normal kembali. Uniknya sepanjang dua hingga tiga jam para belia ini menguasai jalan-jalan utama bandar Doha tidak ada percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan selain ahli keluarga. Kenderaan hanya dimuati oleh sesama gender sahaja.

Bagaimanakah unik hukum adab syariah ini upaya dibawa ke tengah pemikiran yang merasakan pandangan sebegini  hanya dimiliki dan mahu dilaksanakan oleh mereka yang berminda singkat, cetek, mundur dan tidak sesuai dengan kemajuan zaman?

Minda ini tersenyum. Merdeka dan bebas itu masihkah memerlukan sangkar ego sebagai alasan? Wujudkah hak-hak yang mahu diirikan oleh kekuatan kebebasan itu sendiri? Apakah penyatuan jasad dan rohani ini bertentangan dengan kehendak naluri yang sering merahsiakan hasratnya sendiri?

Terlalu lama warga di sini mensia-siakan potensi dan kemampuan pewarisan mereka sebagai pengisi kebangkitan ummat timur.

Masih menjadi hambakah sesudah merdeka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s