Bukti?

Sudah berkali-kali kemaafan diujarkan dan terasa seperti terbelenggu jiwa ini oleh permohonan kemaafan pada setiap pertanyaan yang masih belum lagi wujud tindakannya.

“Bertanya masih belum boleh diujar berdebat,”dia mencelah tiba-tiba.

“Apakah benar kegagalan American Dream kini mulai disantun oleh frekuensi yang mulai menyempadani ruang interaksi?”

Dia tidak menjawab.

“Sebelum ini rahsia tidak begitu terserlah namun lantaran konsep pengharmonian yang digunakan untuk menjadi alat bagi perlaksanaan misi mengisi kejayaan, istilah mencari penyelesaian semakin menterjemahkan wujud persamaan wajah kerajaan-kerajaan yang sukar melepaskan diri mereka dari ikatan Amerika dan kelompok yang bertanggungjawab menyusun dan mengurus dunia.”

Seimbas pandangan wajah wanita yang terserlah keunikan penutupan rambutnya muncul di hadapan mata. Bagaimana wujud wajah-wajah Inggeris yang kelihatannya sukar memisahkan diri mereka dari wilayah yang warganya terpenjara?

“Persepsimu masih belum pasti benar dan khilaf. Andai itu masih menjadi halanganmu untuk berbicara ucapkan sahaja selamat tinggal buat ku.”

“Apakah wajar  kesan dari persaingan pelobian di antara Arab dan Yahudi  masyarakat dunia perlu menempatkan diri mereka secara yang lebih adil saksama dan yakin bahawa pengorientasian wawasan 2020 turut memperlahankan syariah dihayati secara syumul apabila sikap diorientasikan cara berfikirnya mengikut konsep aliran Inggeris?”

Wajah wanita inggeris itu terlihat seperti merenung tajam ke mata ku. Pandangan kemarahankah itu?

“Namun dikau masih sedia menerima frekuensi sebagai antara media yang masih menempatkan perencanaan-perencanaan untuk disasarkan kekecewaan terhadap  kehilangan Amerika sebagai daya tarikan?”dia tersenyum lawa.

“Adakah Amerika masih mahu menginterprestasikan  pandangan kita ini sebagai keganasan saat mereka berjaya mengambil kesempatan dan menyambar peluang untuk diterma syaratkan kembali jajahan takluk mereka ke atas pemikiran ummat?”

Mempersendakan kebenaran bukan sesuatu yang anih.  Adakah kerana ia mentaliti warga muda masa kini yang begitu mudah dikendalikan oleh persepsi materialistik?

Kali ini seperti terlihat mata-mata yang berseri oleh kacamata yang berwarna memandang ku dengan penuh misteri.

Keanihan jelas memperlihatkan kedengkelan minda generasi untuk mengabaikan kebenaran malah mereka tidak jelas kesan kesilapan memilih pemimpin yang tidak beroleh ruang untuk mengatakan tidak.

Di dunia ini keburukan sering menjadi ruang bagi membebaskan emosi. Kualiti bukan sepenuhnya ditentukan oleh kemenangan malah yang tewas lebih memberikan kesedaran.

“Adakah dikau pernah sedar betapa seperti wujud masyarakat bukan muslim mahu menjadikan poligami sebagai satu keperluan di dalam sosial mereka?”seperti halilintar memanah cahaya benderang ke jiwa ku secara tiba-tiba.

“Dari sisi pandang minda seperti ianya relevan kerana masyarakat kini lebih berintelek berfikiran terbuka matang dan saling berani untuk menghayati makna kehidupan yang beriman. Jesteru itu di manakah salah silap dan khilaf untuk membantah masa hadapan kita ialah akhirat?”

Dia diam kembali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s