Tanggang Anak Mak Rendang?

Saya mencari dirimu di serata lokasi paparan berita. Tetapi tidak bertemu.

Saat pintu tidak mahu terbuka dibimbangkan dirimu  berasa lelah oleh saratan muatan digalas di kilometer laluan berliku.

Saat itu juga terbit khabar mahu mewawancara tidakkah kebebasan media menjadi sebahagian dari keperluan demokrasi?

Tatkala melihat persamaan sikap terhadap kepentingan ekonomi yang mempengaruhi kebebasan berinformasi, wajarkah bias berterusan mewarnai sifat bebas media terhadap perlaksanaan dasar luar negara mu di Pakistan beralaskan Afghanistan dan di Israel bercagarkan Palestien juga di Iraq yang bertebuskan Iran?

Ku cari wajah mu di khalayak ramai yang sedang ‘didamaikan’ oleh pengawal ketenteraman dan pengatur keselamatan yang tidak gusar bertindak keras pada usia yang semakin senja.

Sehingga sempat diduga akal di manakah hak-hak warga diletakkan jika Islam disasarkan sebagai motif media berinteraksi dengan masyarakat dunia?

Ku lihat kerutan yang dijelmakan di dahi mu.

Lantas gusarkah andai mellinium nanti memerlukan agama?

Ku lihat merah wajahmu oleh resah kerumitan di fikiranmu tatkala dikau terdengar ujarku apakah keperluan hanya Taliban, Al-Qaida, Encik Osama sahaja disasarkan sebagai pencetus konflik sehingga dunia kehilangan keamanannya berbanding amalan rasuah di kalangan kepimpinan yang amat mudah ditawarkan runding cara kongsi ‘kebolehan dan kemahiran keprofesionalannya’ tatkala diperakui kerajaan yang kuat itu juga disandarkan kerana memiliki pembangkang yang kuat berani dan lebih telus?

Seakan-akan terdengar dikau menjawab masih belum ada yang barunya tahun-tahun yang ditinggal pergi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s