Kembiri Kembara Bebiri

Akuilah kegagalan meremajakan usia yang wajar bersikap dan bersisi mindakan mengikut kesuaian pengalaman bukan dibentuk penampilan oleh siri-siri lakon layar di televisyen yang memberdayakan khayalan untuk diraihkan keremajaan pada minda penonton-penonton yang perlu merealitikan kewajipan dan kebertanggungjawaban ke atas amanah sebagai lelaki dan wanita dewasa.

Adalah khilaf untuk memotivasikan dengan cara sebegini kerana pengoperasian kewajipan sebagai muslim tidak wajar diminta yang bukan muslim melakukannya dan sasar fokus media kini semakin mengelirukan tatkala sessi persekolahan telah bermula masih tidak diseragamkan jadual waktu siaran yang menjadi hari cuti kepada warga pekerja yang bukan kesemuanya bijak menilai keperluan mereka untuk diaplikasikan kegemaran dan hobi mereka kepada keperluan keluarga.

Pengendalian penyelarasan kawalan ini amat merugikan kekreatifan berkarya andai ini berterusan.

Proses ini melambatkan usaha menampilkan watak syaksyiah peribadi muslim apabila berterusan  pengaplikasian pembaharuan Amerika (barat) dianjurkan.

Mengapa tidak diujarkan sekarang ini adalah masa untuk Islam dibenarkan berperanan dan berfungsi yang upaya mendenyutkan kelumpuhan peradaban materialistik yang dibekalkan oleh sekular?

Selama ini siapa yang telah merugikan pemikiran dan kebolehan potensi ummat apabila syarikat-syarikat korporat turut berperanan mematlamatkan cara dan kaedah pencapaian yang membenarkan apa sahaja proses dalam meraih kejayaan (keuntungan)?

Apakah matlamat menghalalkan cara masih berterusan  ditransisi barukan dengan nilai lebih beretika?

Kegagalan pelobian ini merundumkan maruah siapa sebenarnya?

Dan imej moral (tayangan Holiday In Handcuff)  yang dipaparkan  menjadikan tayangan awal pagi menzahirkan bahawa budaya menukar pasangan sebagai sikap dan amalan kebiasaan tidak sesuai untuk diaplikasikan ke dalam budaya muslim yang mana kisah ini memfokuskan pilihan pasangan perkahwinan dilakukan secara bermain-main dan bergurau senda tanpa arah tujuan dan niat yang jelas selain dari nafsu yang memerlukan ghairah hubungan seksualiti dan ini tidak sesuai dengan niat muslim berumah tangga di mana ia bukan membina hubungan individu yakni antaranya dengan pasangannya sahaja tetapi ia membentuk hubungan kekeluargaan yang terdiri dari pelbagai kumpulan individu yang membentuk komuniti dan masyaarakatnya.

Nafsu naluri haiwan adalah berbeza dan wajar kajian saintifik yang menjuruskan pemakaian sifat monyet ke atas manusia ditolak dan tidak lagi wajar menjadi pertikaian kita. Bagaimanakah jika isu manusia yang dimonyetkan keturunannya ini tidak lagi menjadi perbincangan?

Pertanyaan di sini apakah hubungan sesama jenis menjadi sesuatu yang tidak perlu dibasmi tatkala terlihat fenomena ia sebagai alasan untuk menghindari hubungan sumbang di antara berlainan jantina?

Saat ini minda terkenangkan slot-slot media eletronik perdana di tanah air yang mungkin sedang bersorak dengan gegak gempitanya berjaya mendukong imej perompak dan pencabul pelayaran peribadi siber.

Wajar yang bagaimana mereka mendakap rasa aib dan kesiluan oleh sikap yang tidak professional ini?

Semakin memualkan tatkala terimbas warna-warna tertentu dengan angka yang tertera di t shirt –t shirt para pelaku halimunan ini.

Di manakah mahu dicari lelaki seperti mana Hathib Abi Balta’ah yang berani menegaskan kepada Mauqaqis bahawa pihak Quraisy  dan Yahudi adalah penentang utama bagi Rasulullah SAW. Manakala pihak yang tamak ialah pihak Nasrani.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s