Dari Wanita Untuk Wanita

Menyelongkar laman sesawang yang diabaikan beberapa ketika diri termanggu dengan keluhan-keluhan berat lantaran menemukan orientasi wilayah permaustautinan yang diliberalkan oleh sikap aliran liberalisme wanitanya. Seperti lazimnya minda diasak ujar dan tanya bagaimanakah keadaan ini dikendalikan tanpa perlu merugikan peluang-peluang untuk dimanafaatkan ‘perdamaian’ apabila terzahir konflik dalaman lelaki untuk berasa mereka dilemahkan oleh keinginan wanita memberdayakan kebolehan diri mereka.

Berbanding dengan fenomena mukhtahir yang dilaporkan di paparan berita di sini mengenai pengeboman rumah peribadatan semalam, tertujah rasa apakah benar demokrasi sudah tidak mengiktiraf hak kepada yang berhak?

“Tanpa berbicara hubungan komunikasi tidak wujud. Sedang sebumbung masih ada yang terlindung bagaimana pula sebuah negara yang miliki etnik yang berbeza? Ekonomi upaya diinteraksikan politik upaya diinteraksikan bagaimana pula budaya dan nilai cara hidup serta cara berfikir mewujudkan konflik? Anih bukan?”

“Berhentilah meradang dan berpanas hati.”

“Bagaimana mahu diabaikan kemampuan wanita-wanita bersatu di dalam isu-isu yang kian mencabar kematangan dan keterbukaan minda seandainya hanya mahu mengekalkan satu sahaja kuasa politik bagi menentukan tata cara warga bersiasah dan bersistem atur yang menjadikan kita di dalam kerugian lantaran potensi-potensi perkembangan insan hanya dimonopoli pada sudut persekolahan dan pembelajaran sahaja di mana proses pengaktifan dan pengkreatifan membentuk kewarasan dan kerasionalan warga upaya terabai.”

“Kehadiran mereka didakwa umpama buih-buih sahaja,”senyuman itu ibarat mengusulkan perbalahan.

“Daku tidak akan menyalakan bebunga api oleh awal pagi yang masih diselibungi kedinginan ini. Tetapi kelansungan untuk pembudayaan persaingan yang sihat seperti tidak benar-benar digalakkan di antara wanita lantas menolak atau sikap menjauhi diri oleh wanita mukminah untuk hadir ke tengah masyarakat dengan membawa keaslian peribadi mukminah natijah dari hukum berhijab dan batasan yang digaris oleh syariat menambah nilai susut kepada pembangunan insan.”

“Hanya muslimkah yang mukmin?”

“Daku juga ingin melihat Kristian yang beriman. Yahudi yang beriman juga Zoroaster yang beriman jika ada,” panahan matanya ibarat halilintar menyimbah ke seluruh jiwa ini.

“Dikau beralasan mengapa gejala pengambilan ikon dan tokoh dari luar Islam menjadi perhatian generasimu?”

“Ad-Deen itu nasihat. Nasihat itu terletak pada suara dan bicara juga pena. Tanpa suara tanpa bicara tanpa pena nasihat itu kurang relevan tatkala hanya mahu menggunakan mata sahaja. Mata tidak menipu tetapi mata tidak boleh bersuara!”

“Prosesmu masih perlu bertertib, khalayak telah mengenali wanita-wanita dengan sifat …”

“Sifat ‘murah’ mereka? Begitu maksud yang tersirat? Tertib itu nilainya pada akhlak lantaran penguasaan tidak terhad kepada fikrah tetapi ia merangkumi rohani dan kayu ukur neraca timbang taranya ialah syarak. Jesteru itu proses itu bertertib.”

Diam diam dan bermenung panjang.

Dan diri juga menjadi diam lantaran keberadaan di lokasi jendela globlalisasi mewujudkan kehairanan melihatkan penafian dan penolakan negara-negara kuasa utama yang diikuti oleh kebanyakan negara bumi jejak anbia’k terhadap warga wanita mereka sendiri yang direndahkan oleh pendirian yang berbeza oleh persepsi di mana perbezaan itu hanya diasaskan oleh kehendak falsafah dan objektif pencapaian parti yang upaya menghakis fungsi penubuhan sebuah negara dan pemahaman erti kemerdekaan yang menjadikan setiap warga sebagai pemangkin keberdayaan dan kebolehan untuk memajukan diri,masyarakat dan negara.

“ISA sebagai bukti kukuh ketidak-bolehan minda kita untuk melihat kebenaran,”perlahan keluhan kedengaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s