Menilai Etika Penghibur

Al Fuwairit adalah pantai yang menjadi pilihan utama kami sekeluarga kami kerana pantai dan ombaknya yang tidak memerlukan sentuhan-sentuhan yang memuja atau mencela.

Namun kepekaan dan kesensetifan alunan ombaknya terhadap habitat alam menjadi penunjuk daya yang memperbaharui tenaga bahawa debuan pepasirnya yang halus  dan kelembutannya upaya bertindak  sebagai penakluk yang mampu   membenamkan kenderaan berat sebuah pacuan empat roda yang berkuasa lebih 12 ekor kuda!

Buat masa ini jalan menuju ke Al-Fuwairit sedang di dalam pembinaan bagi dinaikkan tarafnya sesuai dengan  pembangunan yang sedang dilakukan di daerah Ruwais. Agak lama juga tempuh masa pembinaan itu dilakukan dan ia menjadikannya bukan jalan yang selamat untuk dipandu kenderaan dengan laju melebihi tanda had maksima yang dibenarkan oleh peraturan terutama di waktu malam. Dengan keadaan jalannya yang tidak rata oleh lekukan tarahan jentera pemecah batu dan agak sempit untuk dua kenderaan berada di posisi yang sama arah memerlukan dipertimbangkan stuasi untuk memotong atau melajukan panduan melebihi tanda kelajuan yang ditetapkan.

Memandu pada waktu siang keadaan ini tidak membimbangkan namun sewaktu malam keadaan agak berbeza. Jalannya yang gelap dan ketiadaan kemahiran untuk dikesan selekoh dan lorong yang dianggap bahaya, jiwa kami yang tenang disambar resah oleh laku yang tidak terduga…

Keradangan yang terbit tiba-tiba dari pemandu yang berada di belakang kenderaan kami telah bertindak meminta kami memberhentikan kenderaan lantaran ‘flash’ lampunya tidak dihormati dan mendakwa sebagai polis dengan mengambil catatan pengenalan diri suami dan anak.

Tanda kelajuan 80 kilometer, jalan di sebelah kiri berlekuk, gelap dan agak sempit menjadi alasan untuk diberikan laluan hanya setelah kenderaan berada di lorong yang rata, selamat dan terang laluannya. Kami berusaha berbudi dalam mengetikakan moral namun ada kalanya ia luruh dan gugur bersama airmata kami.

“Kita singgah di masjid tadi ya.” Menyejukkan perasaan menjadi usaha.

Masjid di Madinat Al-Kaban adalah masjid yang paling kami gemari untuk singgah berjamak dan menqasarkan solat. Bilik airnya yang bersih dan dewan solat bagi muslimat amat bersih menerbitkan kedamaian.

Hening dan tenang untuk beroleh kerehatan jiwa dan minda.

Cuma kali ini lantaran terlalu ramai yang menyinggahi keadaan sudah tidak sama seperti dahulu. Dan kami mulai menjadikan jalan menuju ke Ad-Dukhan untuk digunakan kemudahan baru yang kawasan istirehatnya berdekatan dengan masjid.

Madinat Al Kaban merupakan perkampungan kecil dengan bangunan-bangunan yang bersaiz sederhana dan reka bentuk yang mencirikan keaslian sebenar watak sederhana kebanyakan orang arab.

Tatkala pernah mengamati sebuah rumah lama di perkampungan kecil berhampiran pantai yang ditambak jelas kelihatan rumah mereka kecil sahaja dengan belahan seperti kotak berpetak-petak membahagikan ruang-ruang tamu, bilik, dapur dan perkarangan yang agak luas tanpa berbumbung yang menyambung ke satu lagi bahagian ruang berpetak-petak yang kelihatan seperti bilik mandi dan membasuh. Ia boleh dianggap bahagian belakang rumah walau pun tiada berpintu.

Binaan dari batu yang tidak bercat itu berjendelakan papan yang utuh jenisnya meski telah ditinggalkan ia masih beransel dan boleh dibuka dan ditutup dengan mudah. Tiada ditemui kipas. Sesalur angin di bahagian atapnya mungkin menjadi gantiannya.

Lalu minda terpalit rasa umumnya kekayaan tidak mereka zahirkan tatkala pemandu sebuah Toyota Cruiser menjengukkan wajahnya. Mungkin tuan milik rumah yang ditinggalkan berasa curiga kerana hadir tetamu asing yang menceroboh memasuki rumahnya.

Mungkin rakyat negara ini benar-benar mendapat perlindungan kebajikan sepenuhnya hasil dari kekayaan negara sehingga mereka dikenali sebagai pembeli utama harta-harta di luar negara.

Perkampungan yang lengkap dengan sekolah dan dewan serba-guna ini tidak ramai penduduknya namun pasarana telekomunikasinya terzahir lengkap dengan menara eletrik yang menelaahkan bahawa pembangunan itu bukan semata terletak pada fizikalnya tetapi lebih kepada kelengkapan infrastruktur sebagai kemudahan asas untuk warga beroleh nikmatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s