Cemburu Madu Bulan

Sebelum meneruskan siri berziarah minda, kami telah memeriahkan pameran buku yang menjadi acara tahunan di sini. Kunjungan hari ke dua melihatkan deretan kenderaan-kenderaan yang memenuhi bahu jalan.

Semakin teratur dan mudah dikunjungi ruang-ruang pameran.

Kali ini kami tidak banyak membeli buku dan hanya mengumpul buku-buku yang diberikan percuma khususnya dari negara-negara Teluk. Buku tentang proses-proses susur alir pencapaian negara rantau ini dalam berbagai bidang dan analisa pencapaian mereka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di samping penerangan tentang industri utama rantau ini yang dimajukan oleh negara-negara barat.

Sesuatu yang baru di pameran ini ialah wujud radas amali yang dipersembahkan mengenai kitaran arus voltej dan mesin-mesin perkakasan dari guna daya elektromagnet.

Minda terus beralun dengan sesalur gelombangnya saat itu dengan memindahkan bayangan ke radas pancuran air yang kini semakin banyak didapati menjadi hiasan dalaman di rumah yang juga menjadi terapi untuk diperolehi penurunan tekanan oleh perubahan cuaca dan iklim lantaran masa siang yang menjadi singkat dan udara menjadi semakin sejuk.

Kitaran air yang sedikit itu upaya berterusan dialirkan pancurannya tanpa menggunakan air dari paip dan boleh kekal berpanjangan bagi tempuh masa tertentu, menjadikan air bukan sumber yang upaya menjadikan kita berkrisis dengan kekurangan atau kelebihannya.

Air dari pancuran itu telah lama membina kreatif manusia beridea  sehingga menjadikan air sebagai wap untuk menggerakkan tenaga.

Isu yang berada di minda saat itu ialah edaran dan agihan air bukanlah sumber yang wajar dimonopoli, didominasi dan dieksploitasi untuk berterusan kita ditertawakan atau dikomedikan cara pemikirannya oleh penindasan kerana rupa diri kita.

Siapakah yang upaya membuatkan kita berasa kerdil tanpa keizinan kita?

Saat perubahan cuaca perlu didepani oleh tiupan udara sejuk ia membawa makna bahawa aktiviti di luar rumah mulai berkurangan yang bererti juga sepenuhnya kegiatan hanya berlegar kepada penggunaan PS, PSP, IPhone, menonton televisyen/cd, mendengar radio, berinteraksi di siber di samping membaca.

Kelajuan capaian bytes pengaksessan komputer menerusi talian telefonnya terlalu laju menjadikan aktiviti ‘melanguk’ di hadapan laptop sahaja upaya mevariasikan rasa di jiwa dan minda. Kini capaian tanpa wayer mudah didapati di premis tertentu dan di dataran Corniche yang menjadi penyebab hubungan komunikasi medianya dilihat penting.

Alam pembacaan diri kali ini diserikan oleh pembelian alat pembacaan Al-Quran yang bervarisi terjemahannya dalam pilihan dua puluh lima bahasa tanpa menggunakan cakera padat yang memaklumatkan keseluruhan juzuk Al-Quran bacaan dari tiga orang qari terkenal rantau ini.

Ia kini menjadi pilihan utama diri sebagai terapi yang mencerdas dan menyihatkan emosi.

Namun diri tetap menanggung hutang gesaan buku-buku yang kerap meluahkan ‘sengsaranya’ oleh ‘permaduan’ yang menerbitkan kecemburuan lantaran tidak diberi masa buatnya.

Berbicara dengan ke dua ini lebih memberikan kedamaian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s