Ziarah Minda

Melalui jalan-jalan yang  masih di dalam pembinaan menjadikan mata sukar terlelap lantaran kenderaan kami saling berseliseh dengan kenderaan-kenderaan berat yang seolah-olah berkonvoi di sepanjang jalan menuju Ar-Ruwais.

Melihat keadaan di Fuwairit tidak terfikir bagaimana rupa Ar-Ruwais sementelahan ia terletak di penghujung tanjung di sebelah utara bagi negara yang bermiripkan pulau tetapi tidak memerlukan jambatan untuk menghubungkannya dengan tanah besar Jazirah Arab.

Terbetik kemelut bagaimanakah dilayangkan sikap bahawa nasab yang bersusur galurkan keturunan mulia ini gemar bermusuh dan membenci saudara-saudaranya yang telah dipertautkan ukhuwwah oleh moyang-moyang mereka dari puak Aus dan Khazraj tatkala tidak menjadi rahsia lagi di peringkat hubungan politik di antara Yahudi, Parsi dan Nasrani mereka saling bergandingan.

“Siapakah yang menyalakan kekeliruan ini dan di atas dasar apakah ia dibenarkan menjadi hak pewarisan yang seperti sukar dirungkai?,”minda memintal rasa.

Berdekad ia menjadi kebosanan kepada warga yang bukan menjadi warga rantau ini dalam memilih menu yang disuratkan di dalam akhbar.

“Kita singgah di situ.”

Anak mengkagumi sebuah binaan seperti kota yang tersergam unik lain dari pandangan yang biasa dilihat. Sebuah kota berwarna merah mengindahkan pemandangan bahu jalan yang lazimnya hanya dihiasi oleh busut-busut kecil timbunan pasir. Perjalanan panjang ini tidak sia-sia dan perkenalan dengan rupa buminya kini kami jalinkan dengan bangunan-bangunannya tatkala orang-orangangnya tidak lagi mahu bersapa tanya atau berkisah rasa.

Bandar sunyi ini kerahsiaannya digegak gempitakan dengan cara yang berbeza.

Senyuman menyimpul di jiwa. Terkenang tatkala kami memasuki kawasan larangan kediaman rasmi pemerintahnya nyaris membuatkan kami upaya dihantar pulang. Kediaman yang begitu sederhana tanpa pengawal ditempatkan di hadapan muka jalan tanpa papan tanda ia adalah kawasan larangan dan tanpa pemberitahuan ia adalah kediaman rasmi Rajanya, pemandu kami dibatu-apikan agar memandu memasuki kawasan kediaman yang melaut luasnya tetapi tanpa dipagari oleh tembok-tembok tinggi yang berukiran indah untuk menampilkan status diri pemiliknya. Buku tidak boleh dihakimi dari kulitnya… tidak kelihatan pengawal dengan pakaian seragam yang hebat… sehinggalah kami benar-benar berada jauh di dalam kawasan istana sebuah peronda tentera menahan kami dan mengambil catatan pengenalan diri untuk merekodkan nama kami sekeluarga sebagai simpanan bagi dihukum sekiranya memasuki kawasan larangan ini.

“Sekali lagi kita melakukannya semua kena usir keluar,”leter suami.

Kesederhanaan seiring dengan ukuran negara ini yang kecil bagaimanakah mahu dianggap sebagai musuh?

Kesederhanaan seiring dengan watak diri warga yang sedikit bilangannya ini bagaimanakah upaya disangka bersifat ujub dan riak?

Tidak pula keterlaluan untuk ditanyakan kesengsaraan bagi tawanan bernyawa di Gazza bagaimanakah sedia diduga upaya menuba ketoleransian yang dipelihara nikmatnya?

Kota berwarna merah itu bukan binaan tinggalan sejarah. Sebuah penampilan baru reka bentuk stadium yang menempatkan pusat aktiviti berriadah.

Sesuatu yang unik tiada pasarana yang upaya diyakini tentang kesungguhan warga di sini menjana hasrat-hasrat mereka menjadi realiti. Kebanyakan bangunan mereka kecil ada yang usang seperti pusat kegiatan kumpulan bermain pedang.

Benar, sekilas pandang mata tidak mahu mempercayai andai tidak menghayati erti kesederhanaan pada sifat pada naluri pada rasa pada jiwa pada minda apabila fitrah lebih terarah kepada sebab kepada hasrat menjadi bernyala.

“Ya Allah cantiknya…”kebiasaan yang bersebati dijeritkan oleh anak-anak yang suka melihat laut yang terdampar luas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s