Di Pawagam Pula

Menonton filem 2012  selirat  saraf-saraf perlitaran prefrontal sukar dineutralkan walau pun hanya meneguk mineral air yang tulin tidak berwarna, sukar disembunyikan keengganan minda diselarikan dengan perasaan jiwa hakikat ‘derhaka’ diri untuk menyetujui bahawa bahtera penyelamat mellinium ini sepenuhnya mahu digalas oleh mesin yang keupayaannya mudah diganggu oleh hanya  skru kecil atau tiub litar getah dan hentakan-hentakan yang tidak dapat diperbaiki permasalahannya selain menggunakan kaedah manual.

Ia berkaitan dengan pesawat rasaksa yang digunakan untuk menjadi bahtera penyelamat manusia pada masa itu sewaktu berhadapan dengan cabaran bencana alam.

Lantaran mesin itu dikemudikan operasinya dengan kemahiran teknikal apakah kekurangan-kekurangan lazim manusia upaya menyempurnakan penciptaan sistem robotik yang sememangnya miliki cacat cela dengan aliran eletro yang masih terbatas keluasan pengagihan kegunaannya yang kini wajar dimaksimumkan penggunaan sumber daya kebolehannya?

Keterlaluankah rasa yang bermain di jiwa  tatkala terlihat masih muslim diabaikan kewujudannya berdiri sebagai masyarakat yang turut menghuni di alam ini.yang kebanyakan pembangunan siasah fizikal dan rohaninya menjadi sumber kemajuan pemikiran sejagat untuk dilihat entitinya di dalam kebanyakan filem-filem terbitan barat?

Membuka seluas-luasnya pandangan yang mengemukan bukti bagaimana warga pribumi terpaksa meminta izin untuk berniaga di tanah airnya sendiri dari kapitan Inggeris yang menzahirkan perhambaan sikap apabila tidak mengenali hak-hak masih berkitaran disistemkan di dekad ini, meski yang terubah itu pada wajah namun bermula dari penghakisan bahasa yang membawa kepada pelupusan penggunaan huruf untuk dieja, ia menelaahkan akar Girus Singulata (terima kasih kepada penulis Revolusi IQ-EQ-SQ) yang menekankan keperluan diwujudkan kesedaran di bawah sedar untuk Al-Quran dan pesanan Rasul SAW mengungguli variasi pembahasaan (bukan pembahasan)yang mengungkapkan bahawa setiap jiwa berpotensi untuk berjaya.

Solusi peradaban ternyata sisi sudut pencerahan masih tidak difahami apabila wujud tanya apakah yang mahu dikitar semula- bermula keseluruhan kaedah pendekatan pencapaiannya atau masih mahu disandarkan hanya pada neutral nilai moden sahaja dengan sifat dari dasar dan sistem yang sama.

Jihad sebagai perjuangan muslim bukan pada senjata semata-mata (demi mempertahankan diri juga masih salahkah?)

Cenggeng minda di layar lebar City Centre mula menoda tenang minda.

Mari nyatakan kepada kami bagaimanakah caranya mempertahankan :

1-    Diri

2-    Keluarga

3-    Agama

4-    Harta

5-    Tanah Air

6-    Bahasa

7-    Budaya

8-    Pemikiran

9-    Kemerdekaan

tatkala wujud gerakan/perencanaan yang dimahukan oleh pihak yang mengingini pembinasaan alam, penindasan, kezaliman dan kerosakan?

Di manakah masyarakat penaja penyelidikan pembangunan ummah dekad-dekad yang lalu pandangan mereka diletakkan, menegunkan minda berulang kali tatkala menonton 2012. Pembangunan insan dengan pembangunan tamadun purba dan moden yang terisi kerohanian masyarakat rabbani bersimpul tertindan. Adakah kerana pendominasian sepihak sahaja yang tidak berproaktif menyantuni peradaban Islam yang tidak berposisi materialistik?

Masyarakat mana yang terabai?

Masyarakat dan ummat muslim!

Masyarakat arab yang mendana sumbangan!

Terabai tentang realiti hakikat bagaimana pasak-pasak bumi diganggu sejak berabad dahulu demi membangunkan struktur muka bumi.

Semenjak aktiviti perlombongan emas sewaktu zaman Srivijaya Siberia pernah digerudi pelantar bumi di Nusantara semakin tergelincir akibat penggelongsoran kerak bumi oleh AKTIVITI MANUSIA dan berterusan dikekalkan tatkala penggerudian timah dan kini minyak, tanpa wajar diabaikan aktiviti ketenteraan dan penggunaan radikal kimia dan siri ujian nuklear di dasar laut yang dilakukan secara rahsia mempercepatkan terbinanya lohong-lohong kosong yang menatijjahkan ketidakseimbangan pergerakan di bawah bumi.

Bagaimana ia terabai dan kini telah diketahui siapakah yang selama ini berbangga dengan kemenangan dan keterlaluan menunjuk-nunjukkan kemenangan dan kegagahan yang menatijahkan kebinasaan kepada alam dan manusia?

Pada realitinya apakah 2012 memungkinkan kewujudan sonsangan sifat dan tabiat manusia itu sendiri yang naluri fitrah insannya mahukan kedamaian menjadikan kemanusiaan itu disusilakan tau memang sebenarnya  mahu dibinasakan alam oleh manusia?

Perbandingan biayaan kos-kos pembinaan litar Formula Satu dengan kos menjaga stadium bola juga dataran golf memujuk minda supaya bertenang tatkala melihat ‘projek’ transpengangkutan oleh harga tiket yang keterlaluan tingginya dicajkan bagi persediaan pakej menyelamatkan diri yang dijadikan ikhtiar bermodal untuk dibangunkan semual komuniti yang terselamat di dalam bahtera 2012 . Terzahir realiti yang mendiskriminasikan hak-hak dan peluang asas bagi membolehkan manusia menyelamatkan diri mereka dari bencana yang dinatijjahkan oleh perencanaan apabila mereka terdiri dari golongan yang miskin tidak mampu membiayai kos menyelamatkan diri.

Apakah sememangnya benar wujud wang yang boleh dicetak pada bila-bila masa yang dibolehkan dilakukan oleh individu dan perkumpulannya yang menjadikan dengungan fikiran mencelikkan akal bahawa keewangan dan pengurusannya sebenarnya boleh dicaturkan mengikut keperluan dan kepentingan berasaskan perbelanjaan-perbelanjaan yang tinggi untuk pembinaan rasaksa ‘bahtera penyelamat  2012’ ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s