Mess Yang Tidak Seindah Mana 1

Percutian yang lalu telah dirancang percutian keluarga di salah satu lokasi yang dianggap upaya dinikmati persekitaran dan udara yang segar lantaran berada di atas paras ketinggian laut yang menjadikan suasana seperti di luar negara yang beriklimkan Meditteranean.

Tanpa suami yang tidak sedia mahu mengikuti percutian keluarga yang julung-julung kali diadakan setelah lama tidak bersama oleh kejauhan di antara kami sekeluarga, saya dan anak-anak memenuhi hasrat baik keluarga.

Memandu di lebuh raya yang sering meminta dibayar khidmat kemudahan asas yang dianggap sebagai tanggungjawab kerajaan, kami memasuki jalan-jalan yang berada di bawah seliaan korporat. Kilang-kilang industri menjadi juadah mata untuk diakui tanah tempat tertumpahnya darah amat layak dianggap upaya memiskinkan kerajaan BN lantaran ia berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat hasil dari amalan demokrasi yang menjadikan kuasa rakyat adalah kuasa yang tidak upaya dihilangkan biar pun sesudah sebuah kerajaan tertubuh.

Hujan asidkah melebati sesetengah daerah atau hujan di hati yang kian tergugah oleh kehijauan yang kian terpudar oleh debu industri setelah tasik biru tidak bercluster molekul airnya tatkala cas oksigen dan hidrogennya tidak teralir oleh beban sesampah buangan toksid?

Rahmat Mac hampir dua tahun lalu atas persetujuan rakyat yang memilih tidak lagi wajar dipertikaikan.

Perubahan memilih adalah lambang keyakinan rakyat dan menafikannya merupakan sesuatu yang dianggap tidak adil.

Perjalanan dari lebuhraya baru Port Dicson menyusur keluar ke lebuhraya KESAS menuju ke lebuhraya Utara sebelum memasuki lebuhraya yang tidak diketahui namanya wang bertukar tangan dan dompet syiling yang berat menjadi ringan. Keluhan kami saat itu mengimbas suasana perjalanan di lebuh raya dan jalan di negara permaustautin yang tidak mengcajkan perkhidmatan ke atas rakyatnya atas nama tanggungjawab berkebajikan menjadikan cemuhan berhamburan tanpa sedar.

Sistem seliaan parking kenderaan di tempat-tempat kemudahan awam yang berbayar dan berisiko disaman berganda wang turut dicuit dikait dengan amarah yang kian parah.

Bagaimanakah makna konsep pengurangan cukai apabila perkhidmatan kemudahan asas dicajkan?

Dengan bilangan pengguna lebih sejuta dalam sebulan pada anggaran kasar kerugian-kerugian syarikat korporat kroni rasanya telah tertebus hanya dalam masa kurang lima tahun. Cemuhan minda terlalu dalam sepanjang memandu kerana seperti wujud induk yang memakan anaknya. Rungutan terhenti tatkala meninggalkan anak-anak lelaki di masjid setelah menyusur keluar dari lebuhraya.

Lelah di Port Dickson menjadikan kami melayan perasaan duka sendiri.

“Tidak ku sangka rupanya di belahan balik banjaran Titiwangsa ini bangunan-bangunan kerajaan di bawah selenggaraan Jabatan Perdana Menteri wujud dengan wajah yang kelihatan suram. Adakah kerana kesunyian laluannya atau kelelahannya untuk melayani kelalian kebanyakan rakyat marhaen yang tidak kisah dipantau atau ditatanegarakan walau ISA itu akta yang menyakitkan,”monolog bisu begitu keras menyaringkan rasa.

Balai-balai kecil proses simulasi generasi yang dikerah untuk memadu minda ku pandang dengan penuh simpati. Reformasi yang bagaimana kelian mahu lancarkan wahai anak?

Tatkala bahasa mu menjadi dagang yang dipiagam keliru realiti miskin kaku membisu di pendalaman, apakah mahu bercanda cemburu anak-anak yang tidak mengenal buku dirompak oleh ukuran maju pada litar formula satu yang mencatur liwat itu kerana tiada sekutu dalam memerangi nafsu di manakah tersabit salah laku yang hanya mahu rasuah itu dibelenggu.

Walau pelepah sawit milik gabungan perladangan meliang liuk mengikut atur deruan angin ia tetap tidak mengubah darjah didih darah yang sering meruap tatkala melihat tanda batu huruf-huruf merah itu yang bermula dari Tenggara di Ladang Alaf hingga membawa ke utara perjalanan. Sungguh, sensetif ini masih tinggi radangnya terutama apabila perlu sesekali menyinggahi menaranya di Subang Jaya!

Pengalaman yang menyeronokkan tatkala berada di dalam dakapan kasih keluarga yang memahami kelelahan kami oleh perjalanan yang panjang dengan pelbagai perasaan yang menemani semenjak menjejakkan kaki di tanah air menjadi walang bertukar tenteram?

Di manakah sikap keperwiraan mahu bermula?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s