Mengkategori Plot – Siasatan Berhemah?

Waktu balik bercuti  beberapa bulan yang lalu cuaca agak panas dan sesuai dengan kedudukan pekan J di pantai sebelah barat bayu yang bertiup sememangnya membawa angin yang memijarkan kulit tubuh dan terik matahari menjadikan mata perlu dilindungi oleh kanta hitam dari panas yang menghangat suasana.

Kenderaan yang berjemur oleh terdedah kepada bumbung langit menjadikan darjah kepanasan semakin meningkat waktu memasuki kereta untuk membeli keperluan di pasar yang berdekatan.

Menurunkan emak sendirian ke pasar kenderaan diletakkan di sebelah kedai yang mahu disejukkan udara panas di dalam kereta bernaungkan teduhan pohon rendang di hadapan kedai. Sedang ashik memerhatikan pejalan kaki yang mundar mandir di hadapan pasar sebuah kereta tiba dengan membunyikan hon yang berterusan tanpa henti.

Tanpa menyedari bahawa itu adalah kereta pemilik kedai dengan selambanya saya menghabiskan bacaan tanpa mengindahkan bunyi-bunyian yang nyaring menemani suasana kehangatan petang hari itu.

Tiba-tiba kereta itu sudah berada di belakang kenderaan saya tetapi tanpa lagi membunyikan hon.Sebuah wajah mencuka yang rasanya pelajar wanita yang masih muda keluar dari kenderaan tanpa menoleh ke arah saya yang membuat tanda bertanya dengan cara isyarat, adakah dia mahu saya menukar kedudukan kenderaan?

Tiba-tiba pula seorang pembantu di kedai membawa sebaldi air dan menyimbah di kawasan tempat kenderaan diletakkan.Hati sudah mengagak itu protes dan tanda amarah.

Tanpa mahu mengambil kira diteruskan pembacaan.

Tiba-tiba sebuah lori pula berada di belakang kenderaan  membunyikan hon untuk meminta jalan kerana laluan itu sempit.

Dengan pantas kenderaan dipandu ke seberang jalan dan dengan helaan keluhan dan senyuman rupanya lori pemilik kedai menambah protes dan mendalamkan rasa bersalah saya kerana mengambil tempat kenderaannya.

Biarpun agak buta dengan undang-undang hak-hak pemilikan tanah sebenarnya sudah menjadi pengetahuan asas bahawa jarak yang berada di antara pintu rumah dan pagar utama ia adalah milik Tuan Rumah.

Bahagian selepas pagar utama dikira hak awam dan atas budi bahasa dan santun etika menghormati ketuanan pemilik rumah,sudah menjadi kelaziman ia tidak dipertikaikan kecuali seandainya jiran saya dikunjungi tetamu,’pencerobohan’ dengan meletakkan kenderaan di hadapan pagar rumah akan ditoleransikan dengan semangat kejiranan yang saling mengelakkan salah faham.

Namun apakah rasa yang upaya dilupuskan tatkala di luar pengetahuan diadukan hak saya di hadapan rumah sendiri ke pihak berwajib hanya kerana tidak menerima kenyataan lapangan di luar rumah keluasannya telah ditentukan oleh peraturan dan undang-undang?

Apabila menonton paparan dari slot berita antarabangsa di kaca televisyen paparan tentang kawasan dan wilayah  yang semakin berubah peta keluasan tanah air mereka rupanya kefahaman masyarakat di rantau ini  terhadap sewajarnya wujud undang-undang untuk rujukan terhadap hak-hak geran dan status pengambil-alihan tanah-tanah dianggap tidak penting. Ia terbukti dari kejadian bagaimana tidak dibenarkan sama sekali  diletakkan apa sahaja barangan di hadapan pintu rumah walau pun untuk tempuh yang singkat.

Begitu beza pemilik yang berhak dan penyewa yang sekadar menyewa harus difahami batasnya yang sesekali ketoleransian sangat dituntut agar tidak hilang rasa kepercayaan.

Media begitu drastik mencorakkan isu-isu kemanusiaan dan terzahir sifat yang santun dan yang keras untuk dua pihak yang amat dipentaskan ragam lakunya.Sayang sekali yang kasar garang ganas adalah sifat dari milik wajah penuntut hak yang semakin dihayati tidak upaya dijejaki bukti-bukti pemilikan dan geran perjanjian persetujuan pengambilan haknya. Manakala yang murah dengan senyuman manis dan lemah ungkapan bicara santun petanda mulia etika adalah pengambil hak yang sering dilindungi oleh peruntukkan-peruntukkan dari Badan Dunia dan organisasi tertentu.

Sesekali paparan dari slot berita-berita ini seakan menterjemahkan kewujudan perikatan-perikatan yang berbaur tipu muslihat kerana dalam tempuh beberapa jam akan wujud perbezaan antara satu rangkaian dengan rangkaian yang lain biarpun isunya sama.

Media berpihak dan tanpa disedari diri juga ikut berasa bebas untuk mengikuti jejak yang ditunjukkan oleh penonjolan perwatakan para pemimpin yang mendapat liputan dan sewajarnya media menyedari etika di alaf ini keintelektualan menjadikan minda manusia kerap merasai ragu lantaran lambakan info dan maklumat terlalu mudah didapati andai kuasa ilmu dirangkai-kaitkan dengan pembacaan.

Dari pembacaan, terbuka berbagai dorongan dan ransangan mempertajamkan  cara berfikir untuk dicari kaedah penyelesaian minda yang  kini semakin kuat disempitkan oleh radas-radas telekomunikasi dari aliran eletron-eletron di udara yang daya nukliasnya mengembang dan menguncup hingga menjadi nyata bukanlah sifat terpuji apabila terlalu dipantau memantau kebebasan untuk berperanan minda seseorang.

Firaun terkena virus penyakit ego biarpun tahu dan sedar Kebesaran Allah yakni tuhan yang menjadikannya dan Nabi Musa as.Persediaan untuk menerima wabak-wabak baru dari penyakit diri yang semakin menular ke tengah masyarakat hanya dengan agama sahaja ia bisa diubati.Agama yang benar dan adil diprinsipkan kesyumulannya tanpa berpilih-pilih pengkhususan yang hanya akan melonggarkan kesejahteraan dan nilai-nilai mulia sosial  tatkala wujud istimewa-istimewa yang perlu  dipelihara.

Catatan hujung tahun 2007 ini kelihatan masih relevan dengan persoalan yang memenuhi seluruh ruang minda ini. Tiba-tiba seperti terdengar kata-kata,” why still have number 2 when I do not like to be with any of numbers?” Bahasa minda ada kalanya membuatkan jiwa tidak berasa tenteram.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s