Peperangan/Permusuhan Tidak Boleh Dilobi Oleh Media?

Matrix yang gagal untuk mengkelabui permainan manusia sebagai sifat durjana oleh sabit kesahihan bahawa kekuasaan dinokhtahkan oleh kepentingan yang dibela dan dipelihara pihak-pihak yang berkuasa.

Matrix perhambaan baru yang pemusatan prosesnya tidak upaya mengatasi pusaran air dan pecahan gelombang ombak. Lalu gempar dan terbongkarnya bongkah-bongkah perut bumi menjadi saksi kedurjanaan kepintaran matrix yang dimegahkan hanya kerana pantasnya ia bergerak dengan masa.

Sebagai warga negara yang bebas dan merdeka yang muslim juga sebagai wanita hak untuk memilih tidak menganggotai parti yang mendukong kerajaannya apakah boleh dijadikan alasan untuk dikurung mindanya untuk bebas bersuara pada hak yang telah diberikan oleh undang-undang?

Matrix yang gagalkah  tatkala ia memerlukan pengemudian dimensi akal manusia untuk menguasai walau dengan cara dipaksa?

Apabila ia menyempadankan aliran medan pancar interaksi kelihatan kesempitan akal yang mengitari lengkaran lenkungan yang dibenarkan frekuensi dan gelombang sinar seolah-olah memberi sifat Tuhan kepada kuasa manusia yang kerdil sementelahan pula kuasa itu diberikan oleh suara warga terbanyak yang bebas memilih.

Kegusaran berpetak oleh pendidikan apakah akan menjadi tidak penting di masa hadapan akibat dari ketidak munasabahan membentuk dengan niat untuk mencetak minda dan akal manusia akibat perhambaan versi baru yakni bersaing untuk mengekalkan kuasa yang dikawal selia oleh undang-undang yang tidak difahami untuk dihayati?

Benarkah bahasa undang-undang hanya diperuntukkan buat ahli perundangan sahaja?

Adakah tahun-tahun jutaan yang lalu pendidikan tidak menjadi keutamaan di masa hadapannya kerana pada hari ini telah digambarkan bahawa mengkomoditikan pendidikan sebagai alat perniagaan yang dijana acukan oleh sekolah-sekolah integrasi pada peringkat antarabangsa tidak upaya disambut oleh setiap lapisan masyarakat kerana faktor ‘minda usahawan’ yang memerlukan curahan pembiakan sumber-sumber keewangan.

Kita menghitung jutaan tahun yang berubah tetapi berubahkah minda untuk memahami kewarganegaraan itu berhak milikkan bukti kewujudannya bukan dinafikan kehadirannya?

Bagaimanakah ditelaah realiti mereka yang usahanya mempengaruhi kegiatan dan keaktifan kehidupan yang maju tetapi  tidak pernah tahu tentang kewujudan bursa walaupun komoditi kelapa sawit mereka yang menanamnya?

Dunia apakah yang mahu diciptakan andai lokasi warga yang melarat dan miskin dijadikan tempat penampungan bahan-bahan radiasi buangan kimia negara yang menjadi pengguna utama yang membina laluan perjalanan dagangan keuntungan berlipat ganda?

Apakah tidak wujud akta kemerbahayaan kepada kesihatan yakni nyawa anggota badan oleh risiko berada di wilayah atau kawasan yang dicemari oleh buangan kimia?

Adakah wujud kanun kesiksaan untuk tindakan-tindakan yang merisikokan kesihatan dan keselamatan awam selain untuk yang hanya berfikir dan bersuara serta berhimpun sahaja sementelahan nyata polisi persekitaran dan piawaian alam masih bertanya soal akta yang mana mahu dipatuhi?

Bagaimanakah tahun jutaan yang lalu pada hari ini masih memilih-milih untuk diabaikan jaminan keselamatan awam?

Mereka tiada universiti tiada ijazah tiada diskusi tiada undang-undang tetapi kita pada hari ini miliki kesemuanya namun pelarian dipindahkan sesuka hati untuk diambil tanah-tanahnya.

Dayus siapakah yang mewarnai wajah-wajah pelangi dan bungaan kita?

Minyak dengan agihan yang upaya mengenyangkan dan mendirikan rumah-rumah berterusan dipindah milikan kekayaannya dengan pertukaran imbuhan-imbuhan isentif galakan berkebajikan masih tidak membela rakyat yang dicengkam kemunduran oleh kemiskinan.

Jika memiliki dua anak dalam kitaran usia 11 tahun hingga 14 tahun untuk sessi pengajian setahun memerlukan anggaran 37,000.00  dengan  pencerakinan bayaran semester 12,415.00 seorang, upayakah erti kependudukan dan bilangan jumlah penduduk diterma-barukan tafsirannya tatkala ia masih belum termasuk   jumlah biayaan buku-buku dan yuran peperiksaan.

Bertradisikah ini dilanjutkan apabila kualiti pendidikan setiap negara tidak diacukan mengikut keperluan negara itu sendiri?

Apakah sedia diterima diberhentikan penajaan ke luar negara dengan lebih berdimensikan kesatuan negara serantau  yang lebih menjimatkan buat anak-anak kita diintelekkan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s