Selingan

Bangunnya seorang muslim di tengah malam kerana apa?

Kerana segelas air oleh dahaga?

Kerana janji tahajjud manusia sebagai hamba?

Kerana iktiraf menjadi boneka?

Kerana mulia iktikaf hubungan jiwa?

Kerana ikhtilaf itu ikat ikhtiar antara jasa?

Kerana ikhtisarnya hanya pada secangkir ikhtisas laba?

Kerana apa muslim bangun terkejut di tengah malam yang dinginnya mengetar rasa?

Kerana iktibar atau iktikad iklim yang hangat manusia dengan dosa

Kerana nilai tambah kurang imannya disukat oleh perbezaan masa?

Kerana tergenjat akal oleh tidur yang lena?

Kerana maut itu juga berpencak silatkan keris oleh hubaya-hubaya muda?

Krisis pendapat fikir tentang warasnya diuntaikan deria oleh gugusan manusia?

Kerana manusia yang di sebelah mana?

Kerana melayu itu maknanya berbijaksana?

Kerana menipunya bersopan etika?

Kerana kurang ajarnya masih mempersona?

Kerana dajjalnya cukup sempurna?

Kerana budi bahasanya yang diambil kira?

Kerana beraninya benar kerana bukti berfakta?

Kerana tunduknya bila bersalah hingga dikambing hitam berkorban nyawa?

Kerana lembutnya benar-benar jantan bukan betina?

Kerana berkelahinyadengan cara melayu beradab tetapi menyalut dosa?

Kerana menikamnya dengan pantun bukan auta?

Kerana menyanggahnya dengan senyum walau dihina?

Kerana marahnya dalam ketawa?

Kerana merendah itu lakunya hamba?

Kerana meninggi pula pekerti raja?

Seorang muslim itu terjaga di tengah malam kerana apa?

Kerana detik lenting wang berdenting kroni singgah bersapa

Kerana medannya interaksi angka-angka di bursa mencipta laba

Kerana moden toleran siasahnya menganjur dilemma

Kerana Khalifah itu pula mahu bertukar agama?

Kerana tuntutan gabungan kesatuan berpradigma?

Kerana mesin itu sudah sebahagiannya menyerupai manusia?

Kerana manusia pula menjadi model yang dirasuah minda untuk haloba

Sedangkan manusia sahaja yang berbudaya mesin hanya objek pelaksana

Tanpa jaminan aman apakah harga wang dalam sosial kita berbudaya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s