Termenung

“Adakah sains turut dibenarkan mengidentitikan  multi personaliti ke atas pelayar siber?”

“Mengapa?”

“Transimasi signal yang ditentukan oleh magnitiud satelit kini disasarkan menjadi komunikasi mudah yang murah dan saya yakin ia menuju ke arah mengurangkan kebergantungan medan salur tradisi yang kelihatannya akan ketinggalan apabila masih mahu mendominasi dan mahu memprovokasi dan mahu menguasai dan mahu mengawali dan mahu terlalu mendiskriminasi dan mahu hanya menguliti eliet kroni dan mahu” …

“Berhenti berujar. Tenang dan tahan nafasmu. Pandangi sanubari mu.”

“Bagaimana? Sanubariku di bahagian tengah dada tidak kelihatan.”

Diundang permohonan untuk pintar memaksimumkan komunikasi murah dan tidak berbayar dan usah hanya di sekitar makan dan minum sahaja ia ditawar.

Apakah jabatan penyiaran upaya didakwa penyumbang kepada krisis dan konflik masyarakat?

“Sila hargai entiti kewujudan diri manusia.”

Terimbas beberapa Jumaat di hujung tahun lalu tatkala ditawarkan untuk diturap simen di bahagian depan rumah di luar pagar … saat percutian dilalui bersama keluarga.

“Dari mana encik dapat kerikil batu-batu tar hitam ini?”

“Ini lebihan dari penurapan jalan Kak.”

“Ini dikira mengambil tanpa hak kerana bukan milik encik. Milik JKR. Ada diminta kebenaran untuk menjualkannya dengan kami pelanggan yang mahu encik tawarkan penurapan jalan ini?”

“Kita kecil punya gaji Kak, apa mahu makan? Sekolah anak mahu belanja, barang-barang naik semua mahu bayar minyak api air tol juga ada. Kita cari makan sikit-sikit buat kerja luar. Itu pun kalu Kak mahu tolong.”

Komunikasi minda dan jiwa sesekali mengurusinya bukan semudah memilih katalog di brocher dan diangkat telefon menekan angka untuk dibuat tempahan.

“Pilihlah buku dan barang barang yang mahu dibawa pulang,”sambil suami menyuakan buku Argos yang tebal sebelum ke tempat kerja. Satu saat kenangan di Manchester menyelinap masuk memerangkap seluruh pancaindera.

Argos perkhidmatan buku di talian yang menjadi trend lazim di UK membuat belian setelah memilihnya. Masih belum menyeluruh upaya dilaksana proses ini dan kini semua kita diundang berimaginasi demi masa depan yang masa kininya belum semua upaya terlaksana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s