Selekoh Yang Berkeluk

Sesuatu yang kami lakukan dalam membina kesempatan menghargai kehidupan berkeluarga setelah beriadhah di dataran Corniech adalah dengan memasuki pawagam di premis yang dikunjungi.

Tabiat ini telah mewujudkan salah keliru dan sangkaan negetif mereka yang tidak menjadikan kunjungan ke pawagam sebagai aktiviti keluarga sementelahan bukan kesemua warga asing yang berada di luar negara upaya mengikuti dan menghadiri aktviti berkumpulan di dalam majlis-majlis ilmu yang  diadakan.

Pawagam  di sini berbeza tampilannya dari sudut pandang kami  meski pun  harga tiketnya mahal berbanding sekitar  rm 8 – 15  di tanah air.

Berbeza kerana yang mengunjunginya terdiri dari ibu bapa dan anak-anaknya, remaja-remaja lelaki sesama lelaki dan remaja perempuan dengan rakan-rakan perempuannya sahaja.

Berbeza kerana menonton di pawagam merupakan acara keluarga yang dilakukan secara bersama-sama. Warga pekerja asing juga menjadikan menonton di pawagam sebagai masa yang dimanafaat bersama keluarga.

Jika wujud pasangan-pasangan  yang berlainan gender ia fenomena yang ditampilkan oleh remaja dari wilayah diplomatik (warga luar) yang juga dizahirkan oleh belia muda warga tempatan yang bertemankan pasangan dari kalangan bukan warga tempatan. Dan jumlahnya amat sedikit biarpun agak ketara.

Kebelakangan ini pembanjiran remaja-remaja memenuhi pawagam terbaru di sini agak membingungkan lantaran kelihatan keperluan hiburan menjadi tema yang menyokong pembentukan identiti masyarakat dan sosial peribumi di sini. Dan adakah ini cara mereka bermotivasi meransang kehidupan di tengah-tengah cabaran keruntuhan akhlak di kalangan generasi?

Pada peringkat ini saya tidak faham bagaimana isu-isu kemanusiaan tidak mendapat tempat di minda warga mudanya.

Apakah kehidupan ini hanya untuk bergembira sahaja buat mereka yang begitu meminati ciri-ciri gaya hidup mewah yang diambil sepenuhnya dari paparan gaya hidup idola-idola yang dibina sifat ikonnya?

Entah mengapa sesekali diri berasa murung dengan penampilan yang tidak jelas ke mana mahu ditujui dari kemajuan dan kemodenan di tanah ini yang turut dijadikan sandaran  untuk dibangunkan ummah yang  beramal  dengan imannya.

Namun masih upaya diujarkan bahawa tidak wujud fenomena berimpit-rimpit antara berlainan gender untuk mengaplikasikan ‘bahasa-bahasa tubuh’ di dalam kesamaran cahaya dari tayangan  di layar pawagam.

Tiada fenomena remaja yang bersikap ‘liar’ di dalam pawagam.

Berbezanya juga kerana tiada iklan arak.

Hanya iklan minuman Coca Cola sebagai penaja bersama yang diiringi oleh irama asli yang klasik penataan peralatan tradisional arab yang menarik kedengarannya di deria dengar kami.

Bagaimanakah mahu memunasabahkan diterima alasan tentang Coca Cola yang bukan lagi menjadi pilihan utama kami?

Adalah kerana masih belum wujud minuman ringan keluaran muslim untuk dibanggakan setelah diwar-warkan pemboikotan masih kempen itu tidak disambut dengan penuh kesediaan oleh kebanyakan muslim, oleh kelansungan jalinan keantarabangsaan hubungan yang berjaya meminggirkan isu-isu konflik dan kritis kemanusiaan?

Adakah lantaran sosio ekonominya hanya pada modal bukan pada hak pemilikan tatkala tidak banyak ditemui bahan pengeluaran tempatan yang berada di pasaran.  Dan kerana ini anak-anak sering bertelagah apabila baki wang belian mereka ditukarkan dengan gula-gula atau coklat.

Aktiviti menabung mahu dimulakan dari baki wang syiling lantas apabila hanya memperolehi gula-gula ia dirasakan tidak wajar. Itu dakwa anak-anak. Sesekali minda saya turut membenarkannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s