“Bangsat.”

“Ada yang dimusykilkan?”

“Apa hak google memaparkan catatan-catatan peribadi di Microsoft Word yang disimpan di USB?”

“Benarkah?”

“Apabila kita berkongsi idea saudari perlu tahu idea saya ialah dari sudut fikrah saya sebagai seorang Islam yang tidak kesemua itu perlu dibina dengan penggunaan konsep semata-mata tetapi idea yang bertitik tolak dari anutan kepercayaan menerima Islam bukan sebagai agama semata-mata tetapi juga sebagai cara berfikir yang membentuk keseluruhan cara hidup saya.”

“Dikau pencetus konflik.”

“Bukan marhaen ‘bangsat’ yang menciptakan krisis dan konflik juga konfrantasi di dalam masyarakat tetapi professional ‘bangsat’ yang melandaskan terma-terma kebebasan tanpa kerohanian di dalam mengurus kekayaan. Keterlaluan memberikan tema kepada usaha penyempurnaan kehidupan sudah bertahun-tahun diaplikasikan di dalam kehidupan professional yang berkhidmat dengan syarikat-syarikat korporat yang tujuannya tidak membina hidup beriman tatkala dunia hiburan turut diiringi langkah-langkah mereka untuk saling bersaing sehingga pertaruhan mengorbankan keharmonian kehidupan kekeluargaan.”

“Belajarlah bersabar.”

“Hiburan tidak wajar menjadi industri yang dikembang suburkan di dunia muslim sekiranya tidak bebas untuk membina kemandirian tunjangnya sendiri berdasarkan akidah.”

“Saudari perlu tahu hidup ini bukan mesti diselarikan dengan tema yang dikehendaki oleh sesiapa selain dari diri kita.”

“Lantas berhentilah untuk mengusulkan agar daku bersabar.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s