Debunga Tiada Darah!

Tidak tahu mengapa ‘sunrise’nya sering menjadikan kami berpanas hati sedangkan ianya tidak pernah berlaku di awal-awal penginteraksian kami di udara.

Ia mungkin terjadi lantaran sering dilontarkan pertanyaan siapakah yang perlu disatukan di antara penguasa dan warga di Teluk tatkala terzahir ketidak harmonian hubungan di antaranya.

“Saudari membenamkan suria yang mahu terbit!” tiba-tiba menyeringai lengking suara ditalakan.

“Apakah demokrasi masih menjadi fokus tatkala ditiadakan pilihanraya di Palestien dan apakah wujud perbezaan menerima demokrasi di negara Islam tatkala dibolehkan  menerima kekayaan di negara muslim?”

Kami sama-sama beradu suara untuk dibenamkan emosi agar tidak terguris minda yang telah tercalar.

“Kita memerlukan model dan ini menjadi krisis juga konflik kerana yang dimahukan teladan hanya dengan nilai material dan bila dinafikan hak agama kita tidak menuju sifat universal.”

“Saudari terlalu banyak berujar sedangkan kami yang banyak berusaha. Faham !” lengking suara itu memberi amaran.

“Siapakah yang dirugikan andai hakikat tidak sedia ditolak bahawa Barat telah gagal menyatukan wilayah dan warga arab sementelahan kekayaan sumber telah sekian lamanya teragih dengan pengedarannya tidak upaya membasmi kemiskinan di kalangan warga Teluk dan rakyat muslim khususnya?”

“Saudari mahu diangkat senjata?”

“Agama saya tidak menganjurkan hanya dengan saranan bermimpi tetapi demokrasi  saudari menolak siasah Islam dengan isu pengganas.”

“Sukar stuasi kami jika kamu berterusan mempertikai.”

“Sejauh manakah peneutralan sikap oleh ketoleransian yang menjadi imej masyarakat arab berjaya mewujudkan keamanan di rantau ini tatkala isu di Iraq menjadi bukti jelas Teluk sukar meminggirkan Barat. Ini bererti seolah-olah stuasi yang kini dihadapi mahu berterusan kekal kerana hampir kesemua arab juga yahudi terikat kepada Demokrat dan Republican atau memilih Amerika/England/Eropah juga Rusia tetapi tidak negara-negara di Kesatuan Muslim?”

Kami sudah tidak upaya bertoleransi lagi tatkala dia tidak upaya menjawab bahawa Kesatuan Pengeluar Minyak memang melindungi kepentingan Amerika.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s