Sudah Berasa Letih?

Manusia tidak memerlukan makanan semata-mata.

Dahulu aruah emak meluahkan perasaan marahnya setelah pulang dari temu janjinya di salah sebuah hospital oleh rawatan bulanan yang perlu dilakukannya yang bermula sejak beberapa tahun yang lalu.

“Apa kisahnya mak?”

“Apa yang budak-budak itu mahu bila bertanya soalan-soalan yang tidak ada kena mengena dengan penyakit mak.”

“Budak-budak?”

Amat mudah mengesan apabila aruah emak benar-benar sedang marah dengan memandang wajahnya juga bahasa badannya  dan seperti biasanya emak akan bercerita apabila merasakan ada tempat yang boleh diluahkannya.

“Bagaimana emak menggoreng, berapa sudu minyak yang digunakan, minyak jenis apa, minuman dengan gula atau perasa manis sahajakah, berapa kali minum air macam kita budak kecil sahaja dibuatnya. Merepek.”

Aruah emak memang sedang marah.

“Sudah berapa lama hidup untuk makan masih tidak faham realiti bahawa hidup ini bukan semata-mata memerlukan makanan.” Minda menaakul tanpa diminta.

Puasa muslim bukan hanya menahan diri dari makan minum dan berhubung inteem jasad bahkan menahan diri dari perkataan yang sia-sia seperti ujaran lucah makian dan sumpah yang menista dan menghina sesama sendiri.

“Budak-budak tu beritahu emak agar menggoreng hanya dengan menggunakan dua sudu minyak sahaja. Emak nie sudah lama hidup.”

Apakah mahu mendakwa  pengalaman sebagai ego?

Adakah menggunakan air untuk mendapatkan telor ‘goreng’ yang direbus yang kebanyakan kami yang sudah menjawat jawatan tidak berbayar di dapur ini sejak usia mentah tidak mengetahuinya?

Isunya siapa yang akan mendakwa tidak lazat apabila telor goreng yang direbus itu disajikan?

Kami?

Adakah dengan makanan kukus sahaja kebanyakan kami yang tidak dibayar kemahiran memasak mengikut selera tekak keluarganya berbanding terlalu mahu memikirkan selera sementara antrabangsa yang tetiba sahaja menjadi kegemaran, tidak menyedarinya mereka terkena biasan imaginasi memetik bintang-bintang?

Isunya siapa yang akan mendakwa tidak lazat apabila tiada hirisan cili atau sos pedas sebagai pembuka selera bagi sajian kukusan itu?

Kami?

Lantas kerana itu bukan semua tempat memerlukan jenis makanan yang sama dengan kita.

Apakah cheese upaya dijamah bersama dengan sambal belacan?

Kek dicicah dengan air kopi?

Lidah untuk merasa tetap tidak serupa. Adakah tatkala pemikiran ditumpukan pada kualiti jasad tubuh manusia akan menjadi lusuh? Bolehkah berasa kenyang dengan menghidu wangian makanan sahaja?

Bagaimana pula kecerdasan yang perlu dikekalkan oleh gaya hidup sihat tidak mengendahkan pasarana keperluan fizikalnya yang cerdas turut memerlukan kualiti kebersihan di tempat peribadi  apabila sifat malas tidak dirumus sebagai ego?

Mereka tahukah betapa memualkan untuk berada berlama-lama di dapur?

Sesekali memang terasa membuang masa bertukar pandang dengan pereka jenis makanan serba mudah yang tidak mengetahui kebanyakan kandungan ramuan pizza dibuang  kerana tidak menjadi cita yang memenuhi selera sesetengah kami.

Menggigil kerana menyekat makan apabila dibandingkan dengan menggigil kerana ketakutan sesekali menjadi tawa di minda ini.

Tatkala menguruskan diet mungkin kebanyakan kami muslimin terlupa tentang ibadah puasa.

Tatkala berhadapan dengan kesukaran melunaskan harga bagi produk yang tinggi kualitinya kami muslimin terlupa bahawa puasa itu upaya menginsafkan naluri yang dalam bahawa manusia itu bersifat lemah dan kelemahan ini upaya memperkuatkan fikiran dan basirah mata hati yang mendekatkan diri dengan Allah apabila nafsu keduniaan upaya diuruskan.

Berhenti memusuhi cara hidup Islam dan mereka yang memilihnya sebagai agama. Banyak penyelesaian yang mampu ditangani oleh kaedah Islam dari sisi-sisi pandang yang remeh temeh sehingga yang lebih besar. Isunya mereka yang boleh diteladani terus disisihkan. Jasad fizikal itu masih memerlukan rohani biar bagaimana besar dan kecil saiznya.

Wajarkah ini menjadi konflik?

One thought on “Sudah Berasa Letih?

  1. Style – Don’t forget: The best toothbrush for you is the one you’ll actually use.
    ) Once I cleaned up the toothpaste, I tried it again, and
    this time it felt as if my teeth were going to shake out of my head.
    This perk also addresses each members need such as softness, size etc.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s