Styptik?

“Bagaimanakah ketidak-seimbangan berbagai sudut di antara belahan dunia ini upaya diadili tatkala kemunduran ummat tidak sedia dipertanggungjawabkan ke atas peradaban barat?”

“Sudah berkali-kali kelemahanmu sendiri disanggakan ke atas barat.”

“Lantas kerana itu berhentilah memusuhi Islam dan mulailah memandang mukminah mereka dengan adil dan saksama tanpa diberikan ruang mempersendakan kewujudan hadir walau bagaimana entitinya dizahirkan.”

Intelek media telah diizinkan untuk diinstitusikan sikap sehingga piawaian etika kepada mereka diminta temakan. Namun mereka itu berpendapatan tetap yang memaknakan kebebasan mereka tertakluk kepada kepentingan siapa yang mahu didahulukan. Bisikan-bisikan yang tidak terluah ini semakin menjauhkan minda dan hati ini dari terus mahu menjadi setia mendengarkan bicara wawancara mereka di skrin LCD.

Krisis di Nigeria diserta gandingkan dengan isu permintaan kalimah Allah ‘di sana’ membuat hina terpeta di minda. Tidakkah ia hanya mengsahihkan bahawa tanah yang di sana lebih berdaya mengaplikasikan model yang membentuk persefahaman kemajmukan kepelbagaian etnik warga negaranya?

Asas yang menyatukan kemajmukan warga dipupuk oleh sistem pendidikan yang menjadi pemangkin kesedaran untuk sedia meluhurkan keinsanan yang bertata- etikakan kesusilaan dan kesopanan yang diasaskan oleh kefahaman bahawa beragama itu turut membentuk kekuatan emosi jiwa untuk setiap warga berproaktif bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan sifat karisma yang memprofesionalkan displin diri dengan jiwa besar merdeka untuk mudah dimoralkan prinsip-prinsip kebersamaan dan kebebasan yang dihormati.

“Adakah falsafah lebih dihayati atau tindakan yang diteladani tatkala demokrasi dinafikan ke atas sesetengah pribumi menerusi politik parti?”

“Dikau wajar menjawab terlebih dahulu adakah politik untuk perniagaan atau politik untuk pentadbiran tatkala perubahan tidak membela dan tidak mempertahankan kebenaran juga keadilan?”

One thought on “Styptik?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s