Peti Suara Peti Yang Mati?

Percutian yang lalu saya tersesat di salah sebuah bandar di Hulu Klang dalam usaha mencari kelas percuma yang amat tinggi jasanya di dalam usaha memandaikan bangsa.

Mengikuti dari jauh bimbingan-bimbingan percuma wanita-wanita yang  tidak dikenali ini membuatkan dipaksa diri mengenali mereka secara dekat. Satu persatu diri mereka perlu didekati dan sukar mahu dimulakan dari mana dan ke mana?

“Kita telah tersilap mengambil laluan.”

Setelah berkali-kali berkeliling dibulatan yang sama dan menuju arah di simpang yang salah kedengaran suara radang pemandu.

“Cubalah telefon.” Sah marah itu kian jelas.

“Bagaimana nombor yang diberi ini kekurangan satu angka,”tatkala mesin bersuarakan operator berkali-kali menjawab, “nombor yang anda dail tidak ada di dalam perkhidmatan.”

Bagaimana boleh sesat di tengah bandar yang berjiran dengan Wilayah Persekutuan? Kiranya masih banyak laluan-laluan yang tidak dijelajahi untuk dikenali kejiranan bandar-bandar yang saling berantai lingkaran pembinaannya.

Beberapa warung jualan nasi lemak dan kuih muih yang dipenuhi oleh pelanggan ditanyakan arah menuju destinasi.

“Melampau…seorang pun tidak tahu Wangsa Seksyen 3,”tatkala hanya ditemui seksyen 1 dan 2 sahaja juga 4 dan (lupa ada berapa seksyen)

Tidakkah wujud rasa bangga di kalangan masyarakat tempatan tentang nama ini? Umpatan-umpatan minda mulai terluah. Gelombang alpha dan beta kian terperosok di lautan emosi.

Dan kami tiba tatkala kelas telah bermula.

Terpaksa duduk di bawah palang pintu di bahagian barisan belakang yang ditemani oleh suara-suara bualan pemuda-pemuda yang ashik bersembang tanpa peka pada deria dengar kami yang sedang mencari titik mula berfokus, anak dara mencatat kata, “lain kali tidak mahu temankan emak lagi!” Protesnya terbit ikhlas. Anak ini sering berkongsi kemualan mindanya tatkala membaca bahasa-bahasa roman wajah dan bahasa tubuh bapa dan saudara-saudara lelakinya tatkala bersantai senggang masa di hadapan skrin LCD dan tatkala frekuensi mulai mendeklamasikan senikata semi lucah dengan tata iring irama. Usaha-usaha meremajakan usia senja kiranya menjadikan emosi anak ini terlara.

Penanggungan dari kecederaan parah emosi kiranya lebih hebat dari kecederaan minda. Kini dia begitu mudah mendakwa ‘wanita tua’ kepada usia-usia muda wanita yang dilihatnya merembeskan aliran-aliran seleweng etika dan moral pula. Mendiamkan diri lebih baik dari mengusul itu dan ini.

Aduhai.

Di manakah mahu dicari kelas ilmu yang diberikan secara percuma di bandar yang semakin pesat kemajuannya? Kelihatan ada yang duduk bersila dan bersimpuh di simen berhampiran meja Cik Puan.

Sederhana adalah watak yang sering membuatkan diri teruja. Sukar untuk mengalih pandang andai terlihat watak sederhana walau ke atas penampilan diri manusia, objek, haiwan, pandangan dan pemandangan. Umpama magnet kebal yang menarik seluruh jiwa raga sukar untuk diabaikan ashik mashyuknya sifat sederhana  ini ke atas minda.

1-     Besarkan kelas.

2-     Hiasi dalamannya.

3-     Cat dengan warna yang segar.

4-     Selesakan minda dengan mata.

5-     Kelas merintis etika.

Lain yang disampaikan lain yang dicatat. Tabiat  buruk ini sesuatu yang sukar dihindari tatkala sedang membiarkan minda bebas berinteraksi dengan persekitaran yang didepani.

Melilit terlingkar kisah teman baikku saat dia mengikuti kelas seorang usahawan wanita yang mempromosikan kaedah NLP di salah sebuah pusat kegiatan di Nilai telah secara tiba-tiba menyahut cabaran usahawan itu yang mengujarkan keadaan bagaimana kuatnya pengaruh seorang Presiden di salah sebuah negara kuasa utama ke atas pemikiran warga dunia sehingga mudah ditundukkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Adakah  kesombongan menguasai dirinya saat itu disebabkan  oleh ego menyahut cabaranitu? Tetapi apakah salahnya jika secara berahsia  kita menerimanya untuk memudahkan promosi NLP itu dihayati?

Lantas apakah satu keegoan tatkala diujarkan pertanyaan bagaimanakah pembloggeran yang diaktifkan oleh kreatif minda beridea tidak dianggap sebagai business tetapi ditawarkan sebagai rangkaian percuma hanya bermatlamatkan interaktif membina hubungan?

Adakah kerana adab?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s