Jantung Yang Sering Sakit

Ikut rasa binasa ikut hati mati.

Kemarahan yang mahu dilontar ini sesekali memeritkan jantung yang sedang berdenyut oleh keterlaluan disimpan amarahnya.

Motivasi-motivasi itu hanya menambah sakit yang didiamkan selama ini.

Apakah komedi dan lelucuan sudah menjadi sebahagian dari watak zaman yang menzahirkan kebiadaban lelaki-lelaki oleh kedurjanan wanita-wanitannya?

Lemak tepu dari metabolisme umpama daki dari proses sintesis hormon kian terasa akibat nasihat-nasihat yang hanya sekadar untuk mempromosi isu.

Jantung berdenyut sakitnya apakah mahu diundang supaya terhenti! Penyakit-penyakit yang diutarakan dari permainan simulasi kian tidak terhala arahnya.

Tetiba sahaja siaran frekuensi yang dihala tergendala.

“Meresapkan indera rohani sesuatu yang amat diperlukan oleh masyarakat arab lantaran terlalu banyak cantuman dan integrasi irama moden dari barat menyaduri irama asli padang pasir.”

“Sesekali bila diamati irama kebanyakan lagu arab persis mendengar irama dari India.”

“Irama nasyeed melayu upaya menjadi asas penstrukturan semula budaya islam yang bersumberkan iman dan penghayatan amal dari pemahaman ilmu dalam mengoptimumkan kesan dari seni berhibur barat.”

“Cuma wajarkah berterusan wujud pergantungan kepada mimpi-mimpi tajaan barat untuk berealiti di dalam membina syaksiah misalnya disinonimkan pengadaptasian American Idol dengan mekanisme mempersiapkan ummah yang akan berdepan dengan pendajjal?”

“Permulaan individu bagaimanakah caranya untuk diikatkan dengan institusi dan sistem tatkala komuniti yang membina dan membentuk sistem yang mahu dimiliki keterlaluan didakapkan dengan hiburan yang sering memperolokkan perbezaan penampilan kami berdasarkan kebebasan berinterprestasi mereka?”

“Fenomena kelucahan tidakkah naluri yang menyonsangkan fitrah keberadaan manusia berperadaban?”

Minda ini kembali semula ke hakikat yang hakiki lalu seperti lazimnya minda menukil lagi pertanyaan bagaimanakah pilihan yang disediakan untuk kami tatkala kesan natijah dari pemikiran politik telah dan akan ditentukan oleh sifat sesebuah kerajaan dan partinya berdiri.

Tiada pilihan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s