Buat Saudariku

Tatkala anak-anak sedang menonton cerita Planet Of The Apes terasa seperti wujud kesempatan untuk bercerita.

Telah lama bercerita dengan mereka agar melihat cerita ini kerana kesan dari tema evolusi yang disandarkan dari pemikiran sains  Mr. Darwin yang tidak mengaitkan agama dan mentemakan penafian hak Allah terhadap tabiat alam.

Ia menjadikan berulangan ditanya apakah hanya negara tertentu sahaja yang menjadi pejuang alam sekitar?

Manusia di bahagian mana wajar dipersamakan dengan monyet?

Khurafat dan syirik yang bagaimana mahu disabitkan dengan akidah tauhid mukmin yang menolak sifat baru dari pengacaraan pluralisme yang menatijahkan kebebasan untuk memilih, dan apabila ia memilih berdasarkan kebenaran bahawa Islam itu mesti difahami dengan sifat syumulnya, manusia tidak boleh mencabar Kekuasaan Allah atau membandingkan pengaruhnya dengan pengaruh Allah, menzahirkan bahawa semangat liberalisme juga mendiskriminasi apa-apa yang bertentangan dengan tuntutan kebebasan yang diacarakan oleh persamaan hak dari sistem sekularnya.

Ini bukan proganda tetapi keakraban yang mahu dibina!

Apabila pembahasan dengan disiplin ilmu yang ‘ketat’ menjadi syarat  bagaimanakah pemikiran dan minda warga awam upaya dipelihara kesempatannya untuk turut sama berperanan dan berfungsi sebagai ‘khalifah’ Allah dari sisi tuntutan menjadi hamba-hamba Allah setelah jelas mudah ditafsirkan bahawa masyarakat awam tidak wajar hanya menjadi pengguna sahaja.

Malang yang mewalang tatkala di antara gender masih terus dipersaing tatkala yang dituntut ialah permuafakatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s