Senyum Simpulmu

Mesra alamkah dengan peperangan dan persengketaan merebut wilayah untuk diperolehi sumber asli?

Piawaian persekitaran masih tidak upaya mengubah harta-harta yang susut nilai itu menyumbangkan kebersihan udara!

Lapisan demi lapisan terobek apa lagi yang mahu dirahsiakan?

Sistem pengangkutan dedaun yang tersekat-sekat tidakkah mendapat perhatianmu?

Adakah wujud kesesakan trafik di antara helaian dan pohonan itu?

Garam mineralnya telah berkurangan, oksigen pula telah dikapuri dengan karbon monoksid, air pula begitu pantas dikeringkan oleh keupayaan bateri yang cepat terhidrat oleh kepanasan cuaca.

Itu dikau istilahkan kesesakan trafik?

Kemandulan benih-benih subur yang tidak menghasilkan buah dinatijahkan oleh halangan berlakunya proses fotosintesis. Itu maksudku. Minda dan jiwamu memangnya coklat kelabu berjerubu! Gemar memberikan makna-makna yang menyonsang.

Lantaran keterlaluan memberi perhatian pada kemanusiaan yang kian hilang dan kejalangan haiwan sistem vaskular yang bermakna juga sistem aliran pengankutan bagi tumbuhan telah dikau abaikan?

Lantaran terlalu mengingati makanan agaknya menjadikan minda itu kebingunan dan terlalu benak.

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Betulkan konsep dan sisi pandang sesuai dengan peradaban moden!

Mungkin juga kejantanan haiwan buas yang telah dikembirikan itu menjadikan haiwan-haiwan itu suka dikurung begitu.

Haiwan itu juga dididik untuk menjadi jinak?

Jinak kerana mahu diganjarkan sebagai habuan untuk dipersembahkan aksi kebetinaan di dalam sifat kejantanannya.

Senyum dan terus senyum!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s