Nasyed Sahajakah?

“Hiburan melemahkan pemikiran.”

“Sains penyelidikan perawatmu tidak pernah buat kajian?”

“Dia bukan perawat tetapi cuma perawi perayu sahaja.”

“Patologi itu bukan penyelidikan penyakitkah?”

“Dia yang sakit kerana hanya mahukan dianalisa catatan peribadi yang kemudiannya mahu dimanipulasi.”

Tatkala pemikiran mudah diperlemahkan semuanya menjadi mudah.

Kelihatannya terbukti bagaimana keruntuhan bandar Pompeii di ketika masih belum wujud teknologi dan juga sains tetapi hiburan yang mensasarkan syahwat dan nafsu yang bertentangan dari naluri fitrah manusia telah menenggelamkan peradaban dan ketinggian keintelektualan yang mengutarakan kebebasan berpengetahuan dan menjadikan falsafah sebagai rujukan kepada akal semata-mata.

Apakah ini permaklumatan ini juga masih perlu dilandas dengan ijazah?

Memangnya rendah moral itu dilahirkan oleh sifat genetik tertentu sahajakah?

“Apakah sememangnya dikau tidak upaya lagi bertabah hati?”

“Masih sukar memahami ya? Lain jugakah maknanya jika ditanya di antara rumah dan kereta, harta yang menyusut nilai yang manakah lebih diperlukan?”

“Perawatmu itu mungkin teringin berumah tangga. Carikanlah seorang buatnya.”

“Saya bukan agensi pencari jodoh!”

Syahwat dari medan hiburan telah mengimejkan bangsa mana yang mudah diperlemahkan mudah diperalatkan mudah juga diperhambakan. Apakah memangnya sinonimnya pada sifat genetik bangsa tertentu sahaja?

Ayuh teliti dan amati serta cermati asal usul keturunan kita!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s