“Human Artificial” 1776

Termanggu  melihat  realiti  yang diharungi  ini.

“Mereka tahu  di situ bukan  tempat yang sesuai untukmu mengapa dipatuhi?”

Justeru itu dibayangkan  ujaran dengan  tanya kepada Cik Puan itu.

“Cik Puan, apakah X faktor Cik Puan itu relevan buat billion muslimin yang dijadualkan tugasnya untuk menjadi pengguna? Universal yang bagaimana tatkala penyusutan nilai mata wang masih dibebankan kepada kebanyakan mereka yang seumur hidup tidak pernah melintasi tambak atau menyusur keluar di terminal.”

“X Faktor bagi akhir zaman bukan begitu sifatnya saudari.”

Mahu sahaja kelembutan suara hatinya diluahkan juga buat gadis manis itu.

“Akhir zaman ini  X Faktor perlu simbahan iman pancaran dari keluhuran batin bukan dari bahasa zahir sahaja seperti mana yang pernah dipesan oleh Rasul kami  bahawa syaitan amat amat sukakan tempat yang dipenuhi oleh lelaki wanita yang berlainan gender. X Faktor itu hilang sifat dan maknanya andai musuh kita di akhir zaman itu diundang bersama memeriahkan perhimpunan saudari.”

Apakah  musuh  di akhir zaman ini hanya menjadi tanggung jawab muslim sahaja mendepaninya tanpa bersama dizahirkan penyertaan kebersamaannya untuk dijamin keamanan masyarakat di dalam sosial ini?

Bilakah masa yang terbaik bagi membetulkan sikap dan pandangan barat dan timur utara dan selatan terhadap Islam khususnya penganutnya dan isu yang ‘antik’ ini memerlukan teladan dari laman fikrah akliah muslimah yang mukmin bagaimana menterjemahkan proses niat matlamat sasar dan fokus diketengahkan untuk tidak didiskriminasikan lantaran wanita semakin berkepentingan menjadi juru bicara yang beramanah.

“Apakah makna sebenar X faktor bagi dunia muslim?”

Dikaitkan dengan moral apakah generasi masa kini sememangnya tidak mempunyai etika keluhuran untuk memelihara adab-adab di dalam sosial?

Fenomena wanita rendah moral pula apakah sedia diabaikan begitu sahaja?

Kemurahan moral ini apakah diambil dari tema kejayaan zaman?

Anak-anak luar nikah adakah sememangnya direncanakan untuk menjadi pekerja zaman baru?

Peristiwa penghantaran pulang anak-anak luar nikah  yang didakwa sebagai pendatang tanpa izin dari negara Teluk apakah signifikasi dari kejayaan zaman?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s