Bualan Dari Diri Kepada Diri Sendiri – Mana Yang Mahu Dicurigai?

‘Saya kecewa dengan kamu. Tidak pernah difikirkan begini karenah kamu akhirnya, demi mendominasikan pemikiran saya.’

‘Dari dahulu pernah diungkapkan betapa bijaknya bahasa komunikasi ku yang upaya menawan seluruh tekstur otak sehingga di saat Memanda-Memanda Pemegang Perbendaharaan Raja Melaka sepenuhnya dipegang oleh keturunan mendeliar mamak kutty, laskar satria yang memelihara keamanan di sempadan perairan lautan tanpa angkasa yang berkudratkan tenaga peluh dan airmata ialah ras peribumi yang menghuni asal di hutan-hutan pinggiran kota.’

‘Semai Jakun Semang Temiar Senoikah waktu itu yang masih tiada bernama tatkala itu?’

‘Keterlaluan mengikat diri  pada sejarah menyempitkan kesempatan.’

‘Apakah Anglo Saxon dari nasab Alexander sahaja yang menjadi tema bagi alam ini? Atau Christian Zionisme sahaja yang dibenarkan mengiringi Jews Zionisme? Perkauman sempit saeculum bangsa ku sendiri sudah sedia ada perseginya yang sempit, kini Kuomintang pula mahu memprejudis kemandirian kami yang hanya bersandarkan akidah menolak persyarikatan selain Allah?’

‘Apa khilafnya jika menggunakan bahasa pendatang asing yang begitu baik berbudi luhur dengan kita?’

‘Saya harus mewujudkan kesabaran yang tinggi untuk meneruskan perbicaraan denganmu. Kamu berhadapan dengan pengikisan keperibadian yang masih dialu-alukan sebagai penghargaan oleh alasan yang serupa. Apakah memangnya tulang mu itu terlalu lembut atau minda mu yang terlalu menganjal untuk terlalu mudah diubah panjang dan pendeknya mengikut perubahan aturan yang ditentukan?”

‘Minda ku bersifat elastik maksud mu?’

‘Malah seluruh jiwa mental dan ragamu bagaikan plastik yang mudah dilentur dibentur hasil pengulian elemen kekenyalan yang sukar ku terima.’

‘Salahkah jika ia baik buat diberdayakan usaha dan kreatif bakatmu?’

‘Ya memang salah! Kemunduran kini bukan dari kalangan bangsaku bukan dari tanah air ku tetapi dari bangsa mereka dari negara mereka serpihan dari warisan perebutan tanah dan wilayah bagi taman perindustrian yang kian mengecil kini pemikiran dari keluasan juga kebebasan pemikiran anak peribumi kami pula mahu dialasankan buat ditingkatkan keberdayaannya.’

Tinggalkan komen