Mari Mencari Kota Darul Mukminin.

Salah dan khilafkah andai berjalan-jalan sambil beristirehat dicari makna Kota Mukminin?

Kota Mukmininmu berada di mata atau di minda atau di jiwa?

Pengetahuan kerohanian sebagai ssitem pengkaedahan kejayaan diri merealisasikan erti kemerdekaan minda bukan dengan memusuhi dan saling berbenci yang menjadi imej muktamad sesetengah keturunan.

Berketurunankah dikau?

Pastinya manusia bukan bernasabkan haiwan. Bukankah begitu sifat insan?

Masih menjejak dan tercari-cari Kota Darul Mukminin Darul Mukminah oleh tuntutan Darul Akhirat tatkala sudah lama dimulai catatan sewaktu bermulanya perjalanan jasad pengembaraan minda juga penghijrahan rohani. Tatkala sudah lama tempuh pengembaraan dilansungkan dengan permusafiran berbagai Kota.

Mengapakah sentiasa mahu diwujudkan persamaan di antara kota-kota yang semakin tidak upaya menularkan kedamaian ke dalam jiwa insan dengan kota kita?

Di manakah kota kita?

Salahkah mengingini kota kita dengan peribadi kita dengan kehendak kita yang tidak lari dari keperluan beragama?

Salahkah berkotakan Kota Mukminin?

Apakah Vatican City sahaja Kota Keagamaan?

Bagaimanakah Kota Mekah dan Kota Madinah diseragamkan nilai kerohaniannya ke kota-kota yang lain?

Kesederhanaan kota yang ditinggalkan seketika masih menemani perjalanan ini.

Semakin tidak upaya menahan keradangan minda dengan keterlaluan mereka yang masih mahu memperjudikan minda dan keseriusan diri dan tidak dialu-alukan penglibatan dengan mereka.

Kota keamanan bukan terletak di Washington atau di Holly Wood atau di mana-mana kota yang masih beriramakan sosial imprealisme .

Bagaimanakah pengetahuan mellinium diasuh tatkala makro dan mikro ekonomi masih bercernakan pengaruh-pengaruh agenda atas nama projek?

Akhirat bukan sesuatu yang wajar diprojekkan tatkala yang diingini adalah pemahaman mengetahui dan mengenal asas terbitnya masaalah yang merugi dan membazirkan wang masa tenaga dan potensi setiap diri dalam memenuhi tuntutan akhir zaman.

Kiranya benarlah Kota orang beriman masih berharga buat mereka yang tidak mahu beragama?

Sabarlah hati dengan keculasan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s