Rahsia-Rahsia Diri?

Dahulu apabila wujud perlawanan persahabatan sukan di antara graduan pengajian  dari luar negara, mereka akan membahagi dua pasukan dengan menyatukan diri mereka mengikut negara yang menempatkan universiti yang mengiktiraf kelulusan mereka di mana setiap negara yang pernah dijajah oleh Britain maka pelajar dari universiti-universiti negara tersebut akan bergabung dengan nama Komanwel manakala pasukan Amerika ditandai mengikut daerah atau negeri di mana universiti mereka ditempatkan..

Tidak ada pula cetusan mahu melabelkan negeri-negeri tempat mereka dilahirkan mengikut pecahan arah mata angin yang sememangnya akan upaya mengeratkan hubungan persaudaraan di antara mereka.

Lantas tatkala anak yang tengah meminta izin saudaranya yang tua untuk menggunakan jersi negeri kelahirannya dan meminta digosokkan dan meminta pandangan untuk  membuat pilihan mengenai kesesuaian digandingkan pemakaian baju itu, terlihat bagaimana kemampuan sikap anak –anak yang berusia muda untuk merasa bangga dengan keadaan sebenar dirinya bahawa lingkungan keluarga adalah jati dirinya bermula

Namun benarkah realiti keadaan itu dirasakan oleh generasi kini tatkala hipokrasi diserlahkan hanya oleh kroni dan tatkala blog-blog bercerita tentang umpan dan jerat mereka terlupa siapa sebenarnya yang mengumpan dan siapakah pula yang menjadi hubaya sehingga penindanan berterusan berlaku di antara minda dan pemikiran yang berjaya dibelenggu lalu kemerdekaan sudah menjadi masalah baru kepada makna kekeluargaan sebagai sebuah institusi yang semakin terhakis jati diri peribadinya.

Mencari ketahanan budaya yang harus melalui gelombang antarabangsa apakah benar wujud pengintegrasian kepelbagaian budaya meski wujud penginteraksiannya?

Bagaimanakah makna budaya yang upaya mendakap akhirat adakah dengan pengabaian moral untuk diteladani?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s