Jantung Yang Semakin Pedih

Televisyen hanya alat keperluan kepada minda berusia lebih  40 dan 30 an tetapi tidak kepada minda anak muda masa kini yang tidak teruja untuk berada di hadapan kaca tv walau pun berskrinkan plasma dan LCD.

Suatu kejutan kepada realiti sebenar yang tersembunyi selama ini?

Mereka sudah tidak lagi menjadi pembaca akhbar.

Mereka tidak juga menjadi pendengar radio.

Apa lagi yang mahu diujarkan lagi?

Dikau marah kerana kehilangan 115 KB catatan awal blog mu yang disimpan di fail peribadi?

Lap top itu tidak ada capaian aplikasi Microsoft Office Outlook untuk dikirim secara rahsia keluar.

Apa yang dikau ujarkan kepada orang tua itu?

Keterlaluan didominasi wacana media berinteraksi hanya menjauhkan warga generasi baru dari Tuan Puan dan keterlaluan dijadikan kesemua isu bagi memeriahkan medan ‘entertainment’  sesuatu yang dikesali setelah ditolak dipertautkan pendidikan yang tidak menyeluruh manafaatnya kepada mereka yang masih mundur pasarananya.

Ketelusan dikau ada diminta jangan dimusuhi?

Saya tidak bermusuh dengan sesiapa kerana saya bukan berubah kerana mereka tetapi mungkin mereka berubah kerana tahun ini dekad pembukaan gerbang abd 21.

Mengapa?

Kemiskinan belum menjadi kejayaan dunia membasminya. Kejayaan dihitung dari kerugian dan hutang.

Huhuhuhu ya kami tergelak sehingga menitiskan air mata.

Mungkin ada yang beranggapan masih ada yang bercawat dan tinggal di atas pokok kerana tidak mampu berubah.

Namun sasar media eletronik kepada siapa usia yang mana gender yang mana dan tingkat kerjaya yang bagaimana sebenarnya yang mahu disasarkan?

Masyarakat yang berjaya dijadikan pengguna ialah di wilayah yang hidup dalam suasana selesa – muda mudi belia di tanah air kita wajar bangun membina kesedaran memberikan fungsi kepada peralatan hanya untuk dimanafaatkan bukan dibazirkan masa dan menjadikan hidup tidak sempurna tanpanya.

Seumpamanya  begini – umumnya penggunaan tanah yang kian terarah dijadikan ladang sektor penggunaan sumber tenaga menjadikan kawasan kediaman meningkat ke atas yakni perumahan jenis tingkat pangsa/flet oleh kekurangan tanah. Negara yang kurang tanah buatlah cara kekurangan tanah jangan direbut tanah milik orang.

Senyumnya manis semula.

Pemilikan tanah tanpa geran atau status yang tidak berjaya dikenal pasti untuk disahkan pemilikannya kini giat dikenal pastikan sebagai wilayah untuk penanaman sesaluran pepaip laluan keperluan yang juga mulai menjadi laluan kekayaan. Jika benar itu sasar berubahnya janganlah menipu atau memperdaya.

Bagaimana mahu dirobohkan perkhemahan kanvas dan disalurkan agihan kekayaan secara bersama dengan mereka yang tidak bermimpikan extraganza imaginasi dan mimpi?

Kayakah bila kemewahan dikira dengan jualan kertas-kertas hutang?

Dia tidak mengenali lagi mana yang benar mana yang palsu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s