Kita Diajar Mengulang Perkara Yang Salah?

Terimbas sejenak sewaktu di dalam perjalanan dari Rome kami singgah di Assisi untuk bersama dengan rakan-rakan beragama Nasrani melawat gereja yang sayup-sayup kelihatan di bukit yang agak tinggi.

Menuju ke sana perlu melalui jalan yang sempit dan di selang seli oleh kedai-kedai kecil yang kebanyakannya menjual cendera hati bersimbolkan St. Francis jika saya tidak silap.

“Istimewanya di sini adalah ais krimnya.”

“Belilah.”

“Tidak pasti kita boleh menikmatinya atau tidak.”

Melihat berjenis rasa dan berbagai warna memang tidak tahan untuk merasakan kelazatannya.

Setiap yang menuruni bukit selepas memasuki gereja akan singgah membelinya untuk melepas rasa dahaga.

“God deems it just to repay with affliction those who afflict you…”

Banyak bacaan di paparkan di cendera hati.

“When the Lord Jesus is revealed from heaven with his mighty angels ….”

“Mahu beli ?” suami bertanya.

“Jika kita ada rakan yang rapat dari penganut Kristian,mungkin dipertimbangkan.”

Tertanya mengapakah selama ini tidak ada mereka dari kalangan penganut Kristian ingin menjadikan kami rakan rapat mereka.?

Adakah kerana keislaman kami?

Atau adakah tiada peluang dan kesempatan untuk kami saling berinteraksi tanpa bercuriga?

Ataukah mereka sangsi dengan pakaian dan budaya kami yang sentiasa mempunyai peraturan dan adabnya?

Atau kami ini sememangnya tertonjol imej pengganas di wajah dan apabila bersuara kedengaran sifat fundamentalnya?

Atau sememangnya tindak tanduk kami pekertinya sering dilihat radikal?

Atau lafaz salam sejahtera kami terhidu bahasa yang mudah mengelirukan minda yang bersapa dengan kami?

Atau sememangnya kami ini kuno lantaran fesyen yang tidak erat mengikut edaran fesyen yang terkini?

Atau irama dendangan kami sentiasa bergendang sumbang apabila radas muziknya sebenarnya lebih cenderung kepada bunyi-bunyian pukulan sahaja?

Atau gelek tari yang kadangkala terlebih aksinya hingga mengundang berahi?

“If a man does not abide in me, he is cast forth as a branch and withers, and the branches are gathered, thrown into the fire and burned.”

“Sebenarnya sama sahaja akibat dari kerendahan etika ya bang,”

“Islam menyempurnakan semua panduan yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi.”

“Beriman kepada Rasul yang berjumlah dua puluh lima asas kepercayaan kita.Cuma mengapakah cuma nabi kita sahaja yang sering disalahkan?”

Sedih memang pedih.

Seorang yang ummi tanpa berupaya membela diri sering ditafsirkan pemecah perpaduan ummah.

Niatnya jujur kerana ditakdirkan sebagai nabi yang terakhir. Ingin sesekali disuakan pertanyaan buat yang dianugerah kuasa, sejarah menuntut pembelajaran untuk diteladani,bukan untuk diterjemahkan pengulangan yang berkali-kali memisahkan hubungan.

(BENTALA KENDIRI-21/2/2008- 0940)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s