Wawancara Minda

Kata rakannya dia mulai membaca ketika berusia 10 tahun.Kemudian dia berhenti membaca hampir 10 tahun dan memulainya semula sekitar 2003 berhenti semula dan mulai aktif pada tahun 2006.

Bila ditanyakan mengapa dia membaca dan apakah tujuan membaca? Kemudian apakah pula tujuan dia menulis?

Dia bertanya kembali apakah menulis itu sekadar menulis tanpa niat? Dan apakah keperluan  membaca hanya untuk memenuhi masa yang terluang?

Kemudian rakannya itu menjelaskan rasa hatinya bahawa revolusi minda bukan milik mereka yang berkelayakan sahaja apalagi televisyen dan radio malah siber mulai mengaksesskan jalan pintas ke arah permaklumatan yang bukan  sepenuhnya berfokus kepada berpengetahuan.

Membaca itu katanya adalah proses belajar sendiri bagi pengurusan masalah-masalah dan isu semasa.

Dia bertanya pula apakah kita perlu merendahkan diri hanya kerana tidak berasal dari menara gading untuk terlibat di dalam perencanaan agenda millenium ini sambil tersenyum walau birat hatinya Tuhan yang tahu.

Dia bertanya apakah pengolahan atur bermotivasi hanya berlegar di dalam kuliah dan kelas sahaja baru berupaya dihormati kebebasan pemikiran sambil menjelaskan bahawa bumi ini terlalu luas walau pun kian sempit oleh pengurusan yang tidak seimbang ujarnya dengan jenaka walau lebam hatinya tidak kelihatan.

Ujarnya lagi petunjuk dan panduan dari Tuhan pula tidak terletak hanya kepada sesetengah hambaNya sahaja tetapi meliputi ke atas ke semua makhluk manusia yang diciptakanNya.

Tatkala ditanyakan alasan apa dia berandaian begitu?

Dengan gelak yang terhambur dia berkata perjanjian Iblis yang diperakui oleh Tuhan menzahirkan dengan jelas kepada siapakah syaitan-syaithan itu sebenarnya diturunkan.

Ditanya apakah maksudnya?

Adakah layak Muhammad Salallahualaihissalam dan utusan-utusanNya sebelum baginda itu dianggap sebagai penyampai kebatilan?

Saya bertanya padanya tidakkah dia berasa gusar jika masih berterusan terjemahan catatannya dikhilafkan atau dipergunakan pada jalan yang tidak dibenarkan olehnya seperti yang lazimnya dilakukan selama ini?

Kembali dia bertanya adakah saya akan  berasa marah apabila disentuh tentang  bagaimanakah anggur yang dimasamkan akibat diperam dalam satu jangkamasa yang lama tidak mewujudkan bahan cemar yang upaya membinasakan sistem pertahanan jasad?

Saya termenung memikirkannya, jika hanya pertanyaan itu masih belum dianggap wujud tindakan. Lalu di mana wujud salah dan silapnya.

Lalu dia berkata mari difikirkan adakah pertanyaan itu wajar menimbulkan kemarahan?

Saya berkata saudari bertanya  ‘bagaimanakah’ tanpa meletakkan apa-apa tuduhan lalu mengapa wajar terbit rasa marah.

Kemudian sekali lagi dia mengulang tanya –  bagaimanakah anggur yang dimasamkan akibat diperam dalam satu jangka masa yang lama tidak mewujudkan bahan cemar.

Saya masih belum merasakan wujud pertuduhan atau menghasut dari pertanyaannya itu.

Dia kembali bertanya adakah sesuatu yang dianggap keterlaluanjika  isu ini ditimbulkan sementelahan Escherichia coli wujud di dalam air …

Ini diperolehi dari bacaannya dari  buku Understanding The Disease jelasnya.

Kembali dia bertanya apabila membaca buku perubatan ini apakah yang wajar digambarkan di minda?

Saya menjawab tentu tentang penyakit sementelahan kini wabak H1N1 menular akibat penerusan parasite cacing dibenarkan hidup di dalam tubuh badan.

Lalu dia bertanya semula kepada saya adakah ini juga dianggap salah atau upaya dianggap wujud plagiat bahan bacaan?

Tanpa upaya saya membalas dia menyambung bicara apakah yang mahu dilakukan kepada pendirian yang diambil berdasarkan fakta bacaan? Apakah wajar berterusan diterima sahaja dakwaan bahawa  teracun fikiran dari kegiatan dan aktiviti membaca? Dia tersenyum dengan menutup merah parut luka yang masih berparut.

Saudari mengusulkan agar menonton tv dan mendengar radio sahaja ambil bermaya mediakan setiap interaksi teknologi?

Jika mahukan pesalah  seseorang perlu ditundingkan jari ke arahnya tetapi apakah masalah akan selesai tatkala isunya hanyalah siapakah yang menceroboh catatan peribadinya sehingga dirasakan dirinya disasarkan terkait dengan Al-Qaeda atau Taliban tatkala  lebih tiga tahun yang lalu tidak terlintas apa-apa di fikirannya kerana tidak mengetahui kewujudan beberapa jenis Taliban yang bermakna wujud Taliban palsu.

One thought on “Wawancara Minda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s