Soal Selidik Jendela Skrin Sony Ericsson

Bagaimanakah mahu didemokrasikan globlalisasi yang sifatnya tiada keseimbangan keadilan?

Apakah buktinya?

Pengeksploitasian sumber-sumber manusia, sumber-sumber alam dan sumber-sumber tenaga yang diakui kebersamaan hak untuk diatur-selia secara bebas dan saksama agar upaya dimanafaatkan.

Bagaimana juga andai wujud fenomena penjualan darah bukan atas tujuan rawatan kesihatan tetapi menyuburkan semula sel-sel mati untuk pengekalan kecerdasan oleh usia yang semakin tua?

Catatan peribadi saat mendengar dendangan yang mengumandangkan penafian penggunaan bakat seni kreatif di medan interaktif  oleh syarat yang tidak upaya ditafsir miliki hak ‘privacy’ oleh keharusan dipasarkan secara terbuka tatkala memasuki jendela maya.

Apakah tidak tercalar di hati dan minda ikon-ikon yang sering berdendang terhadap nasib rumpun bangsa-bangsa  yang diasuh dengan kehidupan yang keliru yang  dipertikaikan kualiti diri  oleh budaya bebas laku tanpa sopan susila, ghairah pada kemasyuran hingga anak-anak generasi yang miskin kebulur mudah terumpan dengan tawaran wang dan nama dan malang sekali jualan cakera padat  di seluruh dunia antaranya disumbangkan oleh generasi miskin yang tidak pernah diketahui imaginasi oleh sedar pada realiti.

Mengapakah kesan dari pemanasan suhu perlu dimuafakatkan untuk negara selatan  memikul sama kos penyelidikannya dan langkah menjadikan ‘pelajar sebagai pasukan peninjau’ untuk digesa penglibatan kerajaan masing-masing merangka plan tindakan yang menjejaskan kebajikan warga menerusi peningkatan kos-kos dalam perkhidmatan, kesihatan, pendidikan, cukai-cukai tariff dan ‘bailout’ oleh suntikan-suntikan dana yang bermakna wajar disuarakan bagaimanakah beban hutang masa kini perlu ditangani oleh generasi masa hadapan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s