Masihkah Di situ Dia Berdiri?

Berfikir secara global tidak bermakna tiada sempadan yang harus dihormati.

Bagaimanakah kajian yang diselidiki ditangani apabila masa beredar dan tuntutan keperluan zaman meninggalkan ketepatan idea, dan kebernasan kaedah ke atas sandaran yang dipergunakan untuk sesuatu pembaharuan akan diadili apabila ia ditentukan oleh individu yang cuba dijadikan sebagai ‘ikon’ di bidang tertentu samada siasah ekonomi, budaya, seni, sastera, media, komunikasi, sains, teknologi, falsafah, seniman, karyawan, intelek, pemimpin, perubah zaman, perintis pembaharuan pembuat dasar, pereka bentuk yang berinovasi yang asalnya bermula dari minda pelajar yang dimotivasikan oleh pendidik dilimpahkan untuk massa digemakan oleh frekuensi mencari dana mengukur setia lapar dahaga kenyang mundur pada wajah yang serupa?

Apa yang pasti boneka semakin tersusun rapi menambah bilangan koleksi.

Selagi tidak mengenal bala ekoran dari perbuatan tangan sendiri selagi itulah akan ditimpakan kesengsaraan biar pun mesin moden teknik canggih minda,  selagi tidak mengembalikan hak-hak mereka yang teraniaya, dunia akan terus mengikuti keketetapan yang di fitrahkan ke atasnya sesudah dihitungkan pembahagian manusia beriman dan yang tidak beriman.

Diradaskan setiap instrument mengalih pandangan kekhilafan adalah umpama hama yang halus berterbangan mengimaginasi sasar khilaf tetap di tangan marhaen yang tidak mengiktiraf diperlakukan sesuka hati guna mencuba paradigma bergilir alaf untuk disukat mana yang bijak bila di tangan para negarawan disuluh pandu intelek ilmuan menggagahi makna keamanan.

Masihkah mencari sesusuk tubuh ‘Itab bin Usaid?’

Di gedung tinggi menara mercu tandakah ia menyembunyikan diri?

Di arena gelanggangkah ia berpecak silat hanya pandai menghunus keris lekuk sanding bersegi?

Tatkala menanti kehadiran ‘Itab’ wanita harus berani tampilkan iman yang dihayati bukan semata dikompromi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s