Batu Belah Batu Bertangkup

Termenung atau bertafakkur?

Entah perbuatan apa yang tepat berada di antara ke dua tindakan itu.

Apakah jawapannya jika ditanyakan bagaimanakah mahu dicirikan harta dari sumber pendapatan negara upaya dikongsikan oleh marhaen apabila hak-hak perkongsian lebih diutamakan di antara pelabur dengan syarikat-syarikat koporat milik kerajaan atau swasta?

Di minda saya mengujarkan wajar juga dikongsikan pertanyaan ini memandangkan tiada mampu diberi kesempatan untuk kita menghayati ciri-ciri asas dari konsep perbelanjaan mewah yang kita hormati hasil usaha dari penat lelah penjawat awam yang memberikan perkhidmatan seperti petani, penternak, peladang dan pekerja perburuhan dibanding dengan cara bagaimana wujud pembaziran dan penyalah gunaan kuasa menerusi rasuah melalui  pemberian bonus berganda yang ada kalanya terlindung oleh penyenaraian pakej kategori gred pekerja.

Wajar difikirkan semula tentang hasrat yang mahu membenarkan setiap warga memiliki syer-syer dari saham hasil peribumi yang diperdagangkan setelah selama ini kelaziman hutang-hutang oleh defisit ekonomi dipindahkan kepada mereka dalam bentuk pembayaran cukai tariff perkhidmatan, air, eletrik juga kumbahan selain kenaikan harga barangan, tol, tambang perkhidmatan kemudahan awam.

Benar juga ya.

Ada juga kemunasabahannya saham tidak wajar diberikan sebagai pendapatan berbanding diberi peluang mendapat pembiayaan pendidikan asas percuma yang tidak membebankan sehingga peringkat ijazah pertama, pemilikan rumah yang tidak membebankan di samping diberi isentif yang lebih bersifat kemanusiaan sesuai dengan keperluan diusahakan penurunan cukai bagi setiap caj penyelenggaraan perkhidmatan.

Adakah pelaburan pada erti maknanya tidak upaya menyatukan kekuatan ummah?

Mengapa?

Agar upaya ciri pelaburan itu difahami pada saat wujud penurunan nilai sumber tenaga, penggunaan tanah, edaran persekitaran yang kondusif untuk selamat didiami, bekalan makanan yang berhadapan dengan kekurangan tanah, kitaran wilayah yang tidak upaya dibangunkan oleh wabak jangkitan penyakit selain kemiskinan.

Bagaimana pula dengan kepenggunaan tenaga di negara yang kecil jumlah penduduknya, wujudkah penguasaan kuasa tertentu yang mulai berkurangan oleh sifat dominasi tatkala terzahir pendidikan yang semakin tinggi kosnya sedang pendapatan semakin mengecil?

Setiap warga untuk setiap negara  perlu mempelajari bagaimana berfokus dalam menghayati  keperluan memandang manifesto alternatif yang upaya disediakan untuk rakyat  dengan menumpukan bagaimana agihan kekayaan negara tidak hanya diuruskan untuk aktiviti ‘bail-out’ atau penyelidikan ilmiah yang hanya menjurus kepada dirangka bentuk penjajahan pemikiran yang meninggalkan kesan dan natijjah ke atas ras, budaya, agama dan akar bahasa sesuatu bangsa.

Rakyat juga wajar digerakkan untuk memahami pecahan pada bidang dan sektor apakah yang diberikan tinggi biayaannya mengikut kesesuaian keperluan negara dan rakyatnya yang turut diperolehi dari dana luar negara oleh keaktifan sokongan rangkaian syarikat tertentu yang upaya dilihat pada siri kempen dan gabung usahanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s